Thursday, September 15, 2011

Alkisah Hari Raya part 1

Lama tak update blog nie..nampaknye tuan blog nie beraya sakan gamaknye huhu...
Alhamdulillah minggu ni dah masuk minggu ke-3 Syawal, rasanya masih ramai lagi yg buat open house dan kunjung mengunjung? tak lupa ramai juga yang ambil kesempatan pada bulan yg mulia ni untuk mengikat tali pertunangan dan melangsungkan perkahwinan.

Tahun nie merupakan tahun pertama saya menyambut hari raya bersama suami dan di rumah mertua..Mula-mula rasa mcm lain je nk sambut raya dgn family lain sbb dh 24 tahun hidup sebelum ni dok beraya dengan family sendiri jer..tp perasaan teruja untuk tahu dan merasai sambutan hari raya bersama keluarga suami membuatkan saya rasa excited jugaklah :-)..Alhamdulillah daripada hari Sabtu hingga 1 Syawal saya berada di rumah mertua, bersama-sama ipar duai dan mak ayah mertua  membuat segala persiapan raya especially bab masak-masak..memang seronok dan terasa meriah sebab adik beradik ipar ramai yg dh balik kg dicampur pulak dengan kerenah anak-anak buah yg turut sama nak 'membantu' kat dapur..aduhaii kecoh jadiknye hehe..

Pada 1 Syawal, selepas sembahyang hari raya, kami menziarah rumah Wan (nenek suami saya) dan rumah nenek saudara, kemudian rumah sepupu mak mertua saya. Lepas tu terus balik ke rumah untuk sambut tetamu yang datang. Rupa-rupanya dah jadi kebiasaan kat rumah mertua saya, hari raya pertama semua sedara - mara datang serbu. Yang adik beradik ayah pulak akan datang makan tengahari sebab ayah mertua saya anak sulong daripada 8 beradik..bayangkan 8 keluarga datang...huhh, mmg terasa kemeriahannya..Secara jujur ini pertama kali saya rasa suasana mcm nie. Sebelum nie kalau saya beraya di kg saya, tkderlah sedara mara datang seramai nie hehe. Oklah penat nk berceloteh panjang...tengok gambar je lahh..lets picture tell the stories :-)












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...