Tak mahu berceloteh bnyk, just let the picture tell the stories...
Wednesday, October 13, 2010
Sepintas Lalu..OKTOBER
Tak mahu berceloteh bnyk, just let the picture tell the stories...
Sepintas Lalu...SEPTEMBER
Bulan September...
Awal September kita menghampiri penhujung ramadhan seterusnya meraikan kedatangan bulan Syawal yg mulia..Alhamdulillah masih diberi kurnia oleh Allah utk meraikan Syawal dan bergembira bersama sanak saudara...seperti biasa, kami pulang ke kampung di Felda Ayer Hitam, Johor. Di sini tempat asal mak dan abah..kg mereka sejak dr kecil hingga mereka berkahwin. Walaupon tahun ini sudah tahun ke-2 kami meraikan Aidilfitri tanpa arwah nenek yg disayangi sob3x...
Nampaknya kali ni saya bercuti agak panjang.. kira2 3minggu..cuti selepas sebulan bekerja tanpa henti sepanjang Ramadhan..whole shift! Tp alhamdulillah, pulangannya juga lumayan..bolehlah buat menampung sikit2 utk belanja kawin hukhukk..
Apa lagi mau cerita?? Cerita raya jer laa..bosann..tgok gmbar je la hikhik..
Sunday, August 22, 2010
Innalillah...
Tarikh 21 ogos 2010, jam 1.30pagi, saya dikejutkan oleh panggilan telefon daripada seorang sahabat karib saya di Kuantan. Beliau menangis teresak-esak sambil mengkhabarkan pemergian ayahnadanya ke rahmatullah. Innalillhiwainna ilahirajiun..
Sejak mendapat panggilan telefon, saya tak dapat melelapkan mata. Rasa ingin terus ke Kuantan untuk bertemu sahabat baik saya itu. Sebelum itu sempat juga saya kirimkan sms kpd ayah saya memaklumkan berita tersebut. Keluarga sahabat saya itu adalah jiran saya juga satu ketika dahulu, jadinya keluarga kami amat saling kenal mengenali. Kebetulan pulak pd hari yang sama, mak dan ayah saya berada di kuala lumpur [saja2 bercuti katanya]. Alhamdulillah kehadiran ibu bapa saya ke kl memudahlan saya utk bertemu sahabat saya tersebut. Pagi selepas subuh kami sekeluarga terus bertolak ke Kuantan. Ketika kami tiba di masjid cenderawasih, jenazah telah selamat disembahyangkan. Sebaik sampai sy tidak tunggu lama, terus masuk dan bertemu sahabt baik saya, Yanti. Ternyata suasana amatlah hiba dan saya mendakap erat tubuh beliau dan memberikan kata-kata semangat utk menenangkannya. Sya faham perasaannya kerana beliau adalah anak yg paling rapat dgn arwah ayahnya.
Seterusnya, kami berangkat ke tanah perkuburan bukit ubi dan di situ sempat saya rakamkan beberapa gambar sekitar majlis pengebumian tersebut. Saya harap gambar tersebut akan menjadi kenangan abadi utk Yanti sekeluarga. Al-fatihah..
Thursday, July 22, 2010
Aku Cinta Allah
Monday, July 19, 2010
HARAM pakai jersi lambang salib
credit: Kosmo Online, 18 July 2010
KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.
Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.
“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.
“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.
Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.
Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.
Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.
Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.
Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.
Wednesday, July 14, 2010
Fadhilat Ayat Kursi part 1
Sunday, July 11, 2010
Tilikan Keputusan Bola Sepak Haram
KUALA LUMPUR: Tokoh agama di negara ini mendakwa amalan mempercayai ramalan atau tilikan adalah haram di sisi agama Islam dan boleh merosakkan akidah.
“Jika setiap ramalan itu betul, ia hanya kebetulan, bukan kerana kepandaian dimiliki manusia atau haiwan, sebaliknya hanya kebetulan. Oleh itu, haram bagi umat Islam percaya kepada ramalan. Ia akan merosakkan akidah, diri, keluarga dan masyarakat kerana mendorong kepada amalan bertaruh dan berjudi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini, masyarakat dunia dikejutkan dengan ramalan keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia yang dilakukan seekor sotong kurita bernama Paul. Bagi pertemuan akhir antara Belanda dengan Sepanyol sotong berkenaan meramalkan kemenangan bakal memihak kepada Sepanyol.
Selain sotong kurita, seekor burung nuri yang dipelihara di Singapura, dikenali sebagai ‘Mani Si Nuri’ pula meramalkan Belanda akan menewaskanSepanyol bagi menjuarai Piala Dunia 2010.
Tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din, berkata umat Islam yang mempercayai sesuatu ramalan itu perlu sedar bahawa solatnya tidak akan diterima oleh Allah selama 40 hari.
“Jika seseorang itu perca ya kepada sesuatu ramalan, maka Allah tidak akan menerima solatnya selama 40 hari. Umat Islam tidak boleh percaya kepada ramalan seperti itu dan ia salah di sisi Islam,” katanya.
Sementara itu, bagi pendakwah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah, berkata perkara yang akan berlaku pada masa depan terletak di tangan Allah dan manusia atau haiwan tidak boleh meramalkan apa yang bakal berlaku.
“Kita hanya boleh merancang, tetapi Allah yang menentukan dan tidak boleh meramalkan sesuatu bakal berlaku, hanya Allah berhak meletak jawapannya (apa yang akan berlaku) dan kita tidak boleh mendahuluiNya,” katanya.
Katanya, perbuatan mempercayai ramalan dan juga lebih mengutamakan sesuatu perlawanan bola sepak sehingga mengabaikan solat adalah perbuatan syirik dan dimurkai Allah.
Wednesday, July 7, 2010
Kenapa Tak Rogol Saya??
Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US.Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.
lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
muka lelaki itu.Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
know that I’m alone?” seorang je masa tu?) on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] seorang wanita muslimah semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA…. |
credit to: Hilmi Halim
Sunday, July 4, 2010
Ibrah daripada World Cup
Wednesday, June 30, 2010
Daku kembali..ber'bloging'
Sunday, April 4, 2010
Seminggu berlalu
Friday, March 26, 2010
Exam itu Ujian Allah?
Setiap kali tiba di penghujung semester, semua pelajar akan mengalami satu sindrom atau demam yang dikatakan..demam exam! Yea..simptom2 nye ialah, masing-masing sudah rasa tension dan pening utk mengulangkaji pelajaran, sibuk mencari nota+compile+copy nota. Dan masa ni lah baru nampak kesungguhan masing-masing belajar jika dibandingkan sepanjang semester yg berlalu!
Thursday, March 25, 2010
Oasis of the Sea ..Kapal Terbesar di Dunia
Tuesday, March 23, 2010
Ar-rehlah fi Gadek
Wahh,,tetiba bertulisan arab plak..hmm entah betul ke tak ayat tu..betul la kot?hehe..maksudnya beriadah di Gadek. Sebenarnya pd hari sabtu yg lepas, sy dan family telah pergi ke Kolam Air Panas Gadek..utk apa? laa..mestilah utk berendam dlm air panas tu..Kebetulan plak family members semua ada , so sajala pg beriadah sekali sekala.
Khasiat Kolam Air Panas Gadek
Sama seperti yang terdapat di beberapa negeri lain, Kolam Air Panas Gadek di Alor Gajah, Melaka juga menjadi pilihan utama keluarga atau pengunjung untuk meluangkan masa lapang atau sewaktu cuti hujung minggu.
Kewujudan kolam air itu dikatakan mula diketahui ramai apabila penduduk Kampung Gadek 'menyiasatnya' selepas mendapati ramai pegawai dan anggota tentera British tinggal di kawasan berhampiran kolam tersebut.
Keadaan ini membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya akan keistimewaannya apatah lagi terdengar desas-desus bahawa ia dijadikan sebagai tempat tentera British merawat penyakit.
Selepas Tanah Melayu bebas dari penjajah, penduduk kampung mendapati kawasan tersebut mempunyai khazanah alam semula jadi iaitu sumber air panas yang asli dari dalam tanah.
Kolam Air Panas Gadek terletak 25 kilometer dari Bandaraya Melaka menerusi laluan ke Tampin, merupakan kebanggaan penduduk Alor Gajah.
Bukan sekadar itu, kolam air panas ini diyakini dapat memulih kesihatan pesakit seperti mengeringkan kesan luka dan bagi mereka yang lumpuh, air panas ini dapat membantu kelancaran aliran darah.
Dilengkapi dengan dua buah kolam utama dan lapan buah kolam mini, pengunjung hanya dikenakan bayaran RM4 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak.
Jika dahulu kolam ini hanya beroperasi pada pukul 7 petang hingga 12 tengah malam, tetapi kini, waktu beroperasinya dilanjutkan 24 jam.
Sejak ia diswastakan pada 2002, pengurusan Kolam Air Panas Gadek diambil alih daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) oleh Arus Rahmat Sdn. Bhd.
Sejak 2008, kerja naik taraf kolam ini sudah dipertingkatkan.
Awal Februari ini pula, pengunjung bukan sahaja boleh menikmati dua kolam di kawasan asal kolam tersebut bahkan boleh mandi di dalam dua buah kolam air panas utama di kawasan berkenaan.
Pengurus Arus Rahmat Sdn. Bhd., Aznor Affendy berkata, pihaknya sudah membina satu lagi fasa kolam baru yang akan dibuka awal Febuari ini.
"Fasa kolam terbaru ini meliputi lapan kolam baru yang beratapkan daun nipah dan empat kolam mini bagi merendam kaki sahaja.
"Selain itu, kita turut mendirikan dua bangunan untuk kemudahan spa keluarga yang dilengkapi dengan bilik persalinan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Menurut beliau, pihaknya turut menyediakan sebuah kiosk dan restoran bagi membantu usahawan tempatan.
"Selain menerima pengunjung tempatan, kolam Air Panas Gadek juga terkenal di kalangan pelancong dari luar negara.
"Sambutan yang baik ini sekali gus dapat membantu usahawan tempatan dalam meningkatkan jualan produk mereka," katanya yang mengakui pelancong dari Singapura dan China antara yang sering mengunjungi pusat rekreasi ini.
Menurut Aznor, ketika ini pihaknya menerima kunjungan purata 2,000 hingga 3,000 pelawat sebulan.
"Pelancong tempatan lebih popular di kalangan pelajar khususnya pada waktu lewat malam, hinggakan ada yang terpaksa beratur untuk menggunakan kemudahan kolam air panas.
"Pembukaan fasa kolam baru ini diharap akan memberikan keselesaan kepada pengunjung," katanya.
Mengulas lanjut, pihaknya juga bercadang membina chalet dengan kemudahan akses Internet jalur lebar tanpa wayar percuma.
Mengulas mengenai proses pembersihan air kolam tersebut, Aznor berkata, mereka mempunyai tiga pam untuk membersihkannya.
Katanya, pengunjung tidak perlu bimbang mengenai tahap kebersihan air di kolam kerana ia dijamin selamat dan bersih.
Sementara itu, seorang pengunjung, Aminah Manan, 58, berkata, dia kerap ke pusat rekreasi ini bagi menyembuh kesan lukanya akibat penyakit kencing manis.
"Saya percaya sumber asli ini memberi banyak manfaat kepada kesihatan dan tempat ini menjadi tempat kegemaran saya sekeluarga sejak dulu lagi.
"Selain itu, kemudahan yang disediakan pihak pengurusan di sini adalah lengkap dan yang penting kebersihannya sentiasa dijaga," katanya.
Bagi Zaleymah Mohd. Zahar, 35, berkata, dia menganggap Kolam Air Panas Gadek sebagai yang terbaik berbanding kolam-kolam lain.
"Tempatnya yang bersih dan selesa mendorong saya membawa keluarga ke sini.
"Selain daripada khasiatnya, kami sekeluarga seronok menghabiskan masa di sini kerana pelbagai kemudahan yang disediakan," katanya.
- UTUSAN