Sunday, January 8, 2012

Lahirnya ke dunia




Inilah anak yang saya kandung selama 9 bulan + 1 bulan 3 hari. Alhamdulillah selamat di lahirkan pada 25 Oktober 2011, hari selasa, pada pukul 1.48petang. Lahir dengan berat 3.2kg di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Syukur ke hadrat Allah kerana mengurniakan saya seorang anak perempuan yang sempurna, sihat dan comel :-)...Perkenalkan inilah dia 'Irdina Qaisara binti Abdul Qahhar..maksud namanya ialah '' Permaisuri Kehormatan kami''

Friday, October 21, 2011

Check Up at 39 weeks ++

Hari semalam , Rabu 19hb Okt merupakan rutin check up saya di klinik kesihatan. Hari ni plan nk pergi pukul 2ptg, tak sangka plak hujna turun lebat mencurah2...nasib bek en asben sudi temankan sy ke klinik minggu ni..so oklah kan hehe..Minggu ni merupakan minggu ke 39 usia kandungan saya..tinggal tiga hari lagi utk sampai due date saya, 22hb nie. Utk check up kali nie, mcm biasalah kena check tekanan darah, berat dan urine test. Pastu mcm biasa kena masuk bilik kena nurse utk check perut dan sesi kaunseling(borak2) dgn nurse utk tahu perkembangan kita. Nurse tetapkan 25hb next week utk next check up kalau saya still tk bersalin lagi, and then saya kena amek surat utk admit ward. meaning that, kalau sampai hari Jumaat (28/10) sy tk bersalin, so kena admit ward on that day dan kena induce..ohhh yg tu saya tk nk dengar tuhh...tk bestnye kena induce2 nie..sakitnye lain tau drpd kita sakit contraction secara semulajadi ( ini ikut pengalaman org yg dh pernah induce laa)..


Hahh suatu yg surprise sikit minggu nie, bila check perut semalam, boleh pulak rupa2nya kepala baby tak engage lagi ke bawah..still floating lagi...tak puas hati, nurse yg sorang nie panggil sorang lagi nurse utk check..abes di tekan2 perut saya nie..adehh sakit laa aduyaii..ingtkn pastu ok dahlahh..sekali sampai 4 org nurse yg check nk pastikan betul ke tak kepala baby tak turun lg..bukan apa laa sbb dorang pelik, sepatutnya dr minggu ke 37 kepala baby dh mula turun ..ni dh tinggal berapa hari nk EDD, still tk turun..so dorang dh menggelabah la kan.. so nak taknak terpaksa la refer sy ke doktor plak.

Lepas kuar bilik nurse, amik no utk masuk bilik doc plak..tak lama pastu nama saya di panggil..masuk bilik dan jumpa doc. Kali ni Dr Zarina yg check..sebelum2 ni Dr Suriani yg sy kerap jumpa sampai dia pon dh kenal saya..but this time baru first time check dgn Dr Zarina..doc tu check dulu segala data dan maklumat dlm buku pink saya tuh..almaklumlahh dah tebal bagai nk rak buku tu..pas sesi soal jawab dan tanya itu ini, sy di suruh baring kt katil sbb doc nk buat scan..ok kali ni lama sikit sy baring sbb mcm2 doc tu nk tgok..sy pon dok intai sekali kt monitor scan tu..mmg doc kata kepala baby tak turun lagi..dia risau kalau kepala baby turun boleh jadi kepala baby terbelit tali pusat..ishh nauzubillah! minta ler di jauhkan..so far pun saya rasa baby gerak ok jer..unless skang dia gerak tkder kuat sgt..maybe sbb dia dh besar dn matang...tk cukup dh ruang dlm rahim ni dia nk tendang2 sgt uhuhu.. pas doc dh puas scan, dia tekan plak perut saya mcm yg nurse2 tu tadi..aduiii sakit lagi perut ni di tekan2...rasa mcm nk jerit je, tp segan la plakkan.. tak lama pastu datang plak dr suriani,,yupp doc yg selalu sy jumpa kalau kena refer MO. bila nampak saya, terus dia tanya " ehh izzati, awk tk bersalin lg ker?"..hehe saya senyum kambing je la..jawab la belum lg..Pastu dia bgthu yg dia agak surprise jugak tgok saya punya report Hb semakin meningkat dh nk ke saat2 akhir ni..huhu.. Tak lama pastu, dr zarina suh plak dr suriani ni tadi check perut sy plak..aduhh sekali lg perut sy kena tekan2..sabor jela...pas hbis sesi tekan menekan perut ku, dr zarina bgthu mungkin dia akn suruh sy rujuk dr pakar di hospital dan nak trace Hb analysis report utk suami saya.Sementara tu dia pergi call hospital dan saya di suruh tunggu kat luar dulu.

Tak lama tunggu kat luar, datang la nurse yg assit dr zarina berikan buku pink saya dan bgthu sy tk perlu refer ke doc pakar, dan doc pakar suh terus pergi je hospital kalau dah turun tanda itu jer. So oklah kalau gitu..bolehlah saya balik rumah dgn tenang..

Opss citer tk habis setakat tu..pas pergi klinik, saya ajak en asben pergi Mydin yg baru di buka kat Terminal 2, Seremban.,,Yupp seronok sgt biler baca kat bunting2 di bandar mengatakan Mydin Seremban dah di buka. Mmg dah lama org2 sekitara Seremban tahu Mydin ni dah nak bukak..mmg semua ternanti-nanti kan pembukaannya..sbb kalau baca kat surat khabar, iktkan bulan Julai haritu dh nk bukak..tapi last2 sampai ke pertengahan Oktober baru dpt bukak..mungkin adalah beberapa perkara yg pihak Mydin perlu settle kan betul tak?



Tahu tak apa yg buat saya surprise kt Mydin Seremban nie? Saya ingtkan Mydin ni besar dia mcm biasa jer..atau pun satu floor jer..rupa2nye ada dua tingkat yg mana tingkat satu untuk pasaraya (barang2 keperluan dan barang2 basah seperti daging, ikan, ayam, sayur) dan bahagian tingkat 2 untuk pelbagai pakaian, stationery,aksesori dan lain.. wahh memang rambang mata kami bershopping...mula2 kami naik yg kt tingkat 2 tu dulu sebab parking kat atas...pastu dh puas berjalan2 tu, baru ada perasan tannga turun ke bawah...sy ckp ngan suami " laa bang, ada tingkat bawah lagi rupanya..jom2 kita tengok"..apa lagi, meronda lah kami melihat2 apa yg ada kat tingkat bawah plak..aduhh kalau ikut fulus sumer benda den nk sapu..tapi takper..tak lari ke mana Mydin nie..satu yg suka dengan Mydin nie, dia banyak jual barang2 IKS atau produk2 tempatan kita. Berbanding dengan pasaraya besar yg lain, kat Mydin nie ajer kita boleh jumpa lambakan pelbagai produk2 IKS dan ushawan bumiputera kita yg tak kurang hebatnya dengan yg kebiasaan kita jumpa kat pasaran. So, kepada rakyat Malaysia terutama orang2 Melayu, mari kita berbelanja di Pasaraya Mydin, sokong anak melayu dan produk usahawan bumiputera..:-)


Thursday, October 13, 2011

Bila Budak Sains Bercinta

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim
hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk
menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar
songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa
kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.
Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.
Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?
Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.
Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10^23.
Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi
rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian... .....

hahahahaha.. .
fizik kimia biologi +math pun ada....
best tul..... ::





Monday, October 10, 2011

Menanti Penuh Debaran....38 weeks 1 day

List Barang Baby:-

Baju baby --siap
lampin/diapers---siap
mitten & booties---siap
topi--siap
sabun,shampoo,bedak, baby oil---siap
barut--(tgh tunggu postage sampai kt umah dis week)
bedung---siap
blanket--siap
towel---siap
romper--siap
minyak baby---belum beli lg(minyak YUYI @ Telon yg ok?)
bantal +tilam baby


List Barang Ummi :-

kain batik---siap
blouse butang depan---siap
disposable panties---siap
nursing bra---siap
stokin---siap(pakai yg dh ada tu jer..ker nk pakai yg tebal tu yerk?)
sweater---siap
bengkung--siap(yg moden ada, yg jenis kain belacu pon ada)
tunku,param, pilis dan segala macam herba ----(mak dah siapkan)
set bersalin---(saya pakai set bersalin Ambar Kenanga..nmpak ringkas dan mudah)
breast pump---pakai yg biasa punye jer dulu...nnti ada rezeki nk upgrade pakai medela swing/harmony :-)
mp3,majalah, kamera(penting kamera nie, nk capture the best moment in my life!)
Buku Pink


Ok, ni antara senarai barang yang dah saya siapkan untuk menanti kelahiran anak sulung saya tak lama lagi..semua barang2 dah siap masuk dalam kereta..so taknaklh nti kelam kabut kalau tetiba sakit nk bersalin plak nnti...so far sekarang masih ok lagi rasanya, tp semenjak dua tiga hari nie perut dah asik rasa mengeras je..dah rasa tk selesa sgt nk buat2 kerja dan nk solat pon dh tk boleh nk sujud.



Bab-bab petua pulak...ada macam-macam petua yg saya dapat untuk mudahkan bersalin..antaranya minum air kelapa muda, makan kurma dan makan sayur bendi..



bendi....mmg sayur feveret saya terutama masak asam atau masak goreng


air kelapa muda..... mmg yummy..sedap di minum kalau letak ais hehe


kurma...tk perlu disangkal lagi khasiat dan kebaikannya..amalan sunnah pemakanan nabi..elok di amalkan semenjak awal mengandung lagi.

Untuk elakkan anak kena kuning lepas bersalin nanti, mak saya dah pesan suruh minum susu kambing start dari cukup bulan atau 8 bulan. Kalau dapat minum susu kambing yg fresh tu lagi bagus..tp setakat nie saya tk mmpu la nk minum yg fresh tu sbb rasa hamis kambing tu kuat sgt..lgipun tk mudah nk dpt yg fresh ni..so saya pakai jerla susu kambing jenama HR Hi Goat. Itu pun ok jugak dah.. something yang buat saya surprise bila minum susu kambing ni, the next day kaki saya yg sebelum ni membengkak bulat bagai nk rak tu boleh tetiba susut dan dh tak sakit dah! Jadi kepada ibu-ibu mengandung kat luar tu yg mengalami kaki bengkak atau edema semasa mengandung, bolehlah cuba minum susu kambing ni yer :-)..






Thursday, September 15, 2011

Alkisah Hari Raya part 1

Lama tak update blog nie..nampaknye tuan blog nie beraya sakan gamaknye huhu...
Alhamdulillah minggu ni dah masuk minggu ke-3 Syawal, rasanya masih ramai lagi yg buat open house dan kunjung mengunjung? tak lupa ramai juga yang ambil kesempatan pada bulan yg mulia ni untuk mengikat tali pertunangan dan melangsungkan perkahwinan.

Tahun nie merupakan tahun pertama saya menyambut hari raya bersama suami dan di rumah mertua..Mula-mula rasa mcm lain je nk sambut raya dgn family lain sbb dh 24 tahun hidup sebelum ni dok beraya dengan family sendiri jer..tp perasaan teruja untuk tahu dan merasai sambutan hari raya bersama keluarga suami membuatkan saya rasa excited jugaklah :-)..Alhamdulillah daripada hari Sabtu hingga 1 Syawal saya berada di rumah mertua, bersama-sama ipar duai dan mak ayah mertua  membuat segala persiapan raya especially bab masak-masak..memang seronok dan terasa meriah sebab adik beradik ipar ramai yg dh balik kg dicampur pulak dengan kerenah anak-anak buah yg turut sama nak 'membantu' kat dapur..aduhaii kecoh jadiknye hehe..

Pada 1 Syawal, selepas sembahyang hari raya, kami menziarah rumah Wan (nenek suami saya) dan rumah nenek saudara, kemudian rumah sepupu mak mertua saya. Lepas tu terus balik ke rumah untuk sambut tetamu yang datang. Rupa-rupanya dah jadi kebiasaan kat rumah mertua saya, hari raya pertama semua sedara - mara datang serbu. Yang adik beradik ayah pulak akan datang makan tengahari sebab ayah mertua saya anak sulong daripada 8 beradik..bayangkan 8 keluarga datang...huhh, mmg terasa kemeriahannya..Secara jujur ini pertama kali saya rasa suasana mcm nie. Sebelum nie kalau saya beraya di kg saya, tkderlah sedara mara datang seramai nie hehe. Oklah penat nk berceloteh panjang...tengok gambar je lahh..lets picture tell the stories :-)












Sunday, August 28, 2011

Ucapan SELAMAT HARI RAYA

Hari ni mungkin adalah post terakhir saya dalam bulan Ramadhan 1432H ni..Rasanya lepas nie mungkin dah sibuk dengan persiapan raya dan sebagainya. Anda semua macam mana pulak? Saya pasti hari ni pasti ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi yang membawa kenderaan masing-masing, berhati-hati di jalan raya.Semoga perjalanan anda selamat sampai di tempat yang dituju.

InsyaAllah pada tahun ini, saya akan meraikan hari raya buat pertama kalinya sebagai isteri dan untuk permulaan , tahun ni saya akan raikan 1 syawal di rumah mertua..kemudian saya akan balik ke kampung kedua ibu-bapa saya di Ayer Hitam, Johor pada 2 Syawal..insyaAllah pada rakan-rakan yang terdekat, mungkin boleh datang beraya di Johor...Oh yer tak lupa juga nak jemput sedara mare dan sahabat handai semua, jemput datang ke rumah kami yang tak seberapa ini di Taman Nusari Bayu, Bandar Sri Sendayan sepanjang Syawal ini. Pintu rumah kami sentiasa terbuka menerima kunjungan anda (",)...Tp jangan lupa yer call atau msg dulu, manalah tahu saya yg pergi berjalan masa tu kan hehe...

Jadi dengan ini, saya berbesar hati untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua saudara - mara, sahabat handai yang mengenali diri saya. Semoga lebaran ini membawa seribu makna kepada kita dan juga kita memperolehi sebuah kemenangan yang hakiki iaitu mendapat keampunan dan kerahmatan daripada Allah swt.

Terimalah kad raya maya yang tidak seberapanya daripada kami ^

Friday, August 26, 2011

Kuih Raya??

Hahhh tahun nie anda semua buat kuih raya apa?Ke buat kuih raya 'tunjuk-tunjuk' jer?? Saya pasti ramai antara kita yang buat sendiri kuih raya atau beli je yg dah siap, senang! Betul tak?

Tapi lain pulak ceritanya dengan saya. Entah apa kena dengan raya tahun nie...semua rasa nak buat sendiri jer. Mungkin kesan daripada mengandung ni kot..jadi terlebih rajin lain macam sikit huhu... tp yang sebenarnya nak cuba buat sendiri..saya lebih puas hati makan kuih/biskut raya yang dihasilkan oleh tangan sendiri...rasa seronok lebih2 lagi kalau menjadi dan sedap pulak tu..Kalau nak beli yang dah siap tu, kadang-kadang kita bukan tahu rasa dia, entah sedap ke, entah tak sedap ker...tapi kalau kita buat sendiri, kita boleh ubah suai ikut citarasa sendiri. Yang bagusnya, kalau orang tanya pasal kuih tu, mesti kita akn cakap...ha'ahh buat sendiri.. hahh tak ke rasa bangga gitu!! eceehhh (riak! riak!..hishh tak elok tau)

Ok malas nak bebel panjang2 pasal kuih raya ni..kat sini nak tepek satu gambar kuih yg berjaya saya buat iaitu popia nestum..mmg best sgt rasa popia nestum nie..tak rugi kalau anda semua buat...senang dan mudah je caranya.. saya buat guna dua peket kulit popia besar, dapatlah 1 balang setengah..tp satu balang dh bg mak mertua...ada sebungkus lagi kulit popia, nak buat untuk my mom pulak :-)

Ni gambar hasil popia nestum saya yg dah siap.



Untuk resipi, credit kepada blog cendana kasih...terima kasih ye kak :)

Ada 2 jenis lagi kuih yang saya buat iaitu cornflake coklat ( ganti kepada coklat madu, buat kelainan sikit) dan satu lagi kuih siput...Alah saya buat kuih yg senang-senang jer..kalau buat yg leceh-leceh ni takut tak buat kerja lainlah jadinya hikhik.. Tp maaflh gmbr tak dpt nk tepek kt sini sbb lupa plak nk amek gmbr..Kalau rasa- rasa teringin nk makan kuih homemade buatan tgn saya nie, jemput2lah yer dtg rumah saya raya nnti k :-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...