Wednesday, July 7, 2010

Kenapa Tak Rogol Saya??


Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja

di US.Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.


Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.

Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak

tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.


Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu

membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.


Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi

lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu

tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi

dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.


Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam

muka lelaki itu.Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke

rumahnya.


Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol

oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit

selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat

semalam adalah perogol itu.


Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat

mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti

bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.


Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui

lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang

lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk

bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).


Dia pun tanya perogol itu..


“Why don’t you do anything to me on that night even though you

know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya

seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:


“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One

on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of

course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki

berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah

kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak

jadi mangsa saya..)


Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur

ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat

Kursi yang dia baca malam itu.



p/s : MORAL CERITA INI???


Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan

segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.

Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga

batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu

adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat

akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,

Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang

siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah

berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."

[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya sebagai

seorang wanita muslimah semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang

bermanfat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata

orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….


Kepada anda yg bergelar wanita...amalkanlah..
Ayatul Kursi
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...


credit to: Hilmi Halim

Sunday, July 4, 2010

Ibrah daripada World Cup

Malam kelmarin sedikit kecewa kerana pasukan pilihan saya iaitu Brazil kalah kepada pasukan jersi oren, Belanda. Brazil, juara lima kali WC tewas dengan jaringan gol 1-2 kepada Belanda. Nampaknya juara 5 kali pon belum terjamin akan menang setiap perlawanan. Dan itulah namanya adat permainan..ada kalah, ada menang. Tapi malam semalam, rasa gembira dan puas hati sgt kerana pasukan pilihan saya iaitu German menang dengan penuh gaya menentang Argentina 4-0. Disebalik keyakinan ramai peminat bola sepak terarah kepada Argentina, tetapi nampaknya German berhasil mematahkan keyakinan tersebut.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah, musim piala dunia yang sedang berlangsung semakin hangat kerana sudah semakin ke penghujung..tetapi ada sesuatu iktibar yang boleh diambil drpd setiap perlawanan tersebut. Mungkin setiap orang ada persepsi dan pandangan yg berbeza dprd Piala Dunia. Ada orang, mereka bertaruh judi..ada orang sekadar hiburan semata-mata, dan ada orang pula mmg fanatik teramat sgt kpd pasukan bola mereka.

Apa yg menarik di sini, saya bukanlah peminat bola sepak..peminat fanatik pun tidak. Tetapi apabila masuk musim piala dunia, saya akan turut sama meraikan dan menonton pasukan pilihan saya bermain. Pd saya apa salahnya sesekali menonton bola. Dan saya menonton hanya sebagai pemerhati dan peminat yg tidaklah terlalu fanatik. Ada pengajaran yang boleh di ambil drpd setiap perlawanan bola tersebut. Antaranya, semangat berpasukan, daya juang dan yang paling penting adalah strategi ketika perlawanan.

Bercerita mengenai strategi atau perancangan, setiap apa yg ingin kita lakukan dalam kehidupan mmg memerlukan perancangan yang teliti.Kita tidak mungkin boleh membuta tuli utk melakukan sesuatu pekerjaan tanpa kita merancang terlebih dahulu. Akibatnya, 90% drpd apa yg ingin kita lakukan bakal menemui kegagalan dan kecewa yang teramat sgt. Begitu juga dlm pasukan bola sepak. Strategi teramat-amatlah penting utk mereka di tambah dengan keupayaan mereka ukt membaca kelemahan pihak lawan dan mengubah strategi. Ini semua mmg memerlukan kepakaran yang bukan sedikit dan lihatlah sendiri cth seperti Miroslav klose, penyerang German yang telah bermain utk kali ke-100, baru boleh mencapai tahap yang beliau miliki sekarang ini.

Dan kita sebagai peminat, penonton atau apa sahaja kepada kejuaraan piala dunia kali ini.. janganlah terlalu fanatik atau taksub kepada bola sepak sehingga terlupa kepada pekerjaan kita atau lebih teruk lagi kepada tuntutan kita kpd Illahi. Jangan dok asyik tengok bola, solat pon entah hilang ke mana. Bola bola juga, solat jangan lupa ye :-). Apa yang penting, kita perlu terima hakikat setiap permainan itu ada kalah dan ada yang menang. Tak ada game yang pemainnya dua dua menang, atau dua dua pon kalah. Yang pasti roda itu bulat, kadang-kala kita di atas dan kadangkala kita akan berada di bawah. Biasalah tu, itulah kehidupan. Tetapi mmg tak dinafikan, memang perit apabila mengalami kekalahan. Lihatlah seperti kata-kata Maradona, apabila mengatakan Lionel Messi mengalami kekecewaan yang teramat sangat dan menangis di bilik persalinan selepas tamat perlawanan semalam.

Ya, memang pahit apabila mengalami kekalahan...apatah lagi apabila semua peminat menaruh harapan yang tinggi kepada pasukan atau pemain tersebut. Namun sebagai seorang pemain yang berjiwa kental, pasti mereka akan terus bangkit dan terus berusaha utk pada masa akan datang.




Menonton bola di Dataran Merdeka bersama abang..satu kenangan
yg tak mungkin dpt dilupakan

Saat gol dijaringkan oleh Klose..GOAL!!


Meraikan gol kemenangan


Wednesday, June 30, 2010

Daku kembali..ber'bloging'

Apa cerita la blog nie..semakin usang, mcm menanti rebah diluput zaman akibat diabaikan oleh tuannya..ohh rasa bersalah pulak..sekian lama jari jemari ini tidak menari di atas keyboard ini utk berkongsi cerita..mcm2 hal berlaku sepanjang 3 bulan ini...april till june.

Ke mana saya menghilang? menyepi diri bukan bermaksud menghilangkan diri..tp bila dah tinggal di rumah..line internet menjadi slow..serta pelbagai kerenah dan kerja arahan drpd 'mem besar' a.k.a my mom di rumah, membuatkan diri ini jadi lesu dan kelu nk berbicara di blog ini..kasihan kan??

Bnyak peristiwa berlaku sepanjng 3 bulan di rumah..mcm cuti2 Malaysia. Tawaran kerja?? hmmm...jgn ditanya..mungkin belum ada rezeki. Dan kini, sedang buat apa? hahaha...inilah rahsia. Sekadar kerja part time dan tinggal jauh drpd family utk berdikari, berdiri di kaki sendiri, bukan berdiri di kaki family huhu..

Nak cerita ke apa berlaku sepanjng 3 bulan tanam anggur?? tak perlu la kot..bosan jer..yg lepas, biarlah lepas..tk perlu ulang tayang lagi. Just keep focus utk hari ini dan seterusnya. Sambil2 tu nak tanya..SAPA ADA KERJA KOSONG!PLZ OFFER TO ME!

Sunday, April 4, 2010

Seminggu berlalu

Sedar tk sedar..seminggu dah berlalu dan 3 paper exam dh pon habis saya duduki..tinggal the last paper hari selasa next week (paper exam yg terakhir utk sy jawab sepanjang bergelar pelajar universiti ohhh..). Ada bnyk program nk buat abes exam nnti..wuahh hati ini meronta2!

Sepanjang minggu ni ada 3 'perkara' yg puasakan. Pertama, sy tk buka internet sepanjang seminggu sy exam (except for thursday!). Wahh..cam tak caya je sy buleh tk bukak internet walaupon sehari. Kalau sebelum ni, dah macam addicted.. bangun pagi, celik mata, mesti nk bukak internet dulu..bukk emel, facebook..pastu mulalah merayau entah ke mana2..ayoooii. Tapi..last week is amazing! i could live without internet haha ( giler ke hape??jgn layan^). Nk tahu mcm mana sy buat? Tanggalkan wayar, angkut laptop, simpan dlm almari..clearkan semua bnda atas meja..hah! biler dh clear, baru boleh focus utk study ngee^..lalala.

Perkara ke-2 plak, saya berpuasa drpd membaca buku selain buku utk exam. Yang ni agak mencabar jgk memandangkn baru beberapa hari sebelum tu pergi ke Pesta Buku dan memborong mcm2 buku utk dibaca. Memang tertekan..gatal je tangan ni nk pegang buku2 yg baru beli tu..haishh! Akibatnya, saya simpankn buku2 tersebut kat dlm almari..biar sy tk nampak dan teralih perhatian ke buku tu! InsyaAllah, next time i'll try to share with u guys buku2 yg sy beli tu. Sangat mengujakan! (everyday dok tertanya2, apalah isi kandungan dlm buku2 itu haishh)

Perkara ke-3 plak..saya berpuasa sunat, tp sempat hari khamis je. Amek berkat org kata..mudah-mudahan dpt mengawal nafsu dan menambah pahala. Lagipun, doa org berpuasa ni insyaAllah mudah makbul (especially masa sebelum nk buka puasa tu..waktu mustajab utk berdoa tu). Jadi, sapa2 yg berhajat tu, bnyk2 la puasa dan berdoa time tu yer :-). Ini amalan yg saya biasa buat time sekolah2 dulu. Kadang2 rindu zaman sekolah..bile time hari isnin n khamis, mcm satu adat plak bg kami utk berpuasa sunat. N for those yg puasa hari isnin n khamis, akn dpt extra food masa berbuka nanti. Bestkan? i miss all that moment..

Ohh yea, yesterday(jumaat) sy dan miss 'J' telah berjoli katak seharian lepas abes exam FM. wahh perasaan masa tu cam dh abes semua exam, pdhal ada one more paper(kira merdeka fasa 1 ler tu ngee^). Keluar ke (....tmpt rahsia)..pastu terus ke Sogo, Jalan Tar, Masjid Jamek etc. At last, mlm baru balik ke sarang (UIA) hehe..huhh enjoy! tq miss j ;-l

Friday, March 26, 2010

Exam itu Ujian Allah?


Setiap kali tiba di penghujung semester, semua pelajar akan mengalami satu sindrom atau demam yang dikatakan..demam exam! Yea..simptom2 nye ialah, masing-masing sudah rasa tension dan pening utk mengulangkaji pelajaran, sibuk mencari nota+compile+copy nota. Dan masa ni lah baru nampak kesungguhan masing-masing belajar jika dibandingkan sepanjang semester yg berlalu!

Itu semuanya adalah fenomena biasa di kalangan student. Tak pelik pon berada di situasi tu, memandangkan hampir semua drpd kita pon merasainya. Cuma yang berbeza adalah cara kita hadapi situasi tersebut. Tidak dinafikan, kita akan berasa resah, gelisah, tertekan, stress, tk cukup tidur krn mengulangkaji sepjg malam. Tapi jika betul caranya..dan ikut segala tip yg diberikan, inysaAllah..kita boleh hadapi exam dengan tenang.

Baru-baru ini saya ada mendapat mesej drpd seorang junior (dia wish goodluck actually)..Mesej tu berbunyi begini:

Seorang sahabat datang kepadaku dan berkata "Ish..susah betol la hidup ni. Sapa la yang pandai2 cipta TEST dan EXAM ni"
Aku pon berkata " TEST dan EXAM tu maksudnya apa?"
Sahabat pon menjawab "Ujian"
Lalu aku pon berkata lagi "Ujian tu datang daripada siapa?"
Sahabt tu pon menjawab lg" Dari Allah la"
Oleh itu aku pon berkata la padanya " Usahlah mengeluh akan ujian daripada Allah. Nescaya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..malah Allah itu tak akan menguji melebihi kemampuan seorang hambaNya..Oleh itu, amatlah wajar utk kita meyakini bahawa kita memang boleh lakukan setiap test dan exam tersebut dgn jayanya. Tinggal lagi kita perlu berusaha, doa dan akhir sekali serahlah(tawakal) kepada Allah"

Akhir sekali...SEMOGA BERJAYA MENGHADAPI UJIAN ALLAH DENGAN BAIK!

p/s: Good luck utk final year student QS...Buat yg terbaik utk exam nanti ye! I want to convo with all of you! May Allah bless all of us..^


Thursday, March 25, 2010

Tuesday, March 23, 2010

Ar-rehlah fi Gadek


Wahh,,tetiba bertulisan arab plak..hmm entah betul ke tak ayat tu..betul la kot?hehe..maksudnya beriadah di Gadek. Sebenarnya pd hari sabtu yg lepas, sy dan family telah pergi ke Kolam Air Panas Gadek..utk apa? laa..mestilah utk berendam dlm air panas tu..Kebetulan plak family members semua ada , so sajala pg beriadah sekali sekala.

Mandi di kolam air panas ni ada banyak khasiatnya. Menurut ramai pendapat, kolam air panas yg mengandungi sulfur ni bagus utk merawat penyakit kulit dan boleh melancarkan darah. Jadinya, sesekali dpt merendam kaki dlm air panas ni, dh sgt baik sbb amat membantu melancarkan darah kita.Ok, cuba baca ye, petikan drpd Utusan mengenai khasiat mandi kolam air panas ni.



Khasiat Kolam Air Panas Gadek


Selain berkelah di pantai, bermandi manda di kawasan yang mempunyai sumber air panas dari bawah tanah juga kini bukan lagi sesuatu yang asing di kalangan masyarakat negara ini.

Sama seperti yang terdapat di beberapa negeri lain, Kolam Air Panas Gadek di Alor Gajah, Melaka juga menjadi pilihan utama keluarga atau pengunjung untuk meluangkan masa lapang atau sewaktu cuti hujung minggu.

Kewujudan kolam air itu dikatakan mula diketahui ramai apabila penduduk Kampung Gadek 'menyiasatnya' selepas mendapati ramai pegawai dan anggota tentera British tinggal di kawasan berhampiran kolam tersebut.

Keadaan ini membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya akan keistimewaannya apatah lagi terdengar desas-desus bahawa ia dijadikan sebagai tempat tentera British merawat penyakit.

Selepas Tanah Melayu bebas dari penjajah, penduduk kampung mendapati kawasan tersebut mempunyai khazanah alam semula jadi iaitu sumber air panas yang asli dari dalam tanah.

Kolam Air Panas Gadek terletak 25 kilometer dari Bandaraya Melaka menerusi laluan ke Tampin, merupakan kebanggaan penduduk Alor Gajah.

Bukan sekadar itu, kolam air panas ini diyakini dapat memulih kesihatan pesakit seperti mengeringkan kesan luka dan bagi mereka yang lumpuh, air panas ini dapat membantu kelancaran aliran darah.

Dilengkapi dengan dua buah kolam utama dan lapan buah kolam mini, pengunjung hanya dikenakan bayaran RM4 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak.

Jika dahulu kolam ini hanya beroperasi pada pukul 7 petang hingga 12 tengah malam, tetapi kini, waktu beroperasinya dilanjutkan 24 jam.

Sejak ia diswastakan pada 2002, pengurusan Kolam Air Panas Gadek diambil alih daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) oleh Arus Rahmat Sdn. Bhd.

Sejak 2008, kerja naik taraf kolam ini sudah dipertingkatkan.

Awal Februari ini pula, pengunjung bukan sahaja boleh menikmati dua kolam di kawasan asal kolam tersebut bahkan boleh mandi di dalam dua buah kolam air panas utama di kawasan berkenaan.

Pengurus Arus Rahmat Sdn. Bhd., Aznor Affendy berkata, pihaknya sudah membina satu lagi fasa kolam baru yang akan dibuka awal Febuari ini.

"Fasa kolam terbaru ini meliputi lapan kolam baru yang beratapkan daun nipah dan empat kolam mini bagi merendam kaki sahaja.

"Selain itu, kita turut mendirikan dua bangunan untuk kemudahan spa keluarga yang dilengkapi dengan bilik persalinan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut beliau, pihaknya turut menyediakan sebuah kiosk dan restoran bagi membantu usahawan tempatan.

"Selain menerima pengunjung tempatan, kolam Air Panas Gadek juga terkenal di kalangan pelancong dari luar negara.

"Sambutan yang baik ini sekali gus dapat membantu usahawan tempatan dalam meningkatkan jualan produk mereka," katanya yang mengakui pelancong dari Singapura dan China antara yang sering mengunjungi pusat rekreasi ini.

Menurut Aznor, ketika ini pihaknya menerima kunjungan purata 2,000 hingga 3,000 pelawat sebulan.

"Pelancong tempatan lebih popular di kalangan pelajar khususnya pada waktu lewat malam, hinggakan ada yang terpaksa beratur untuk menggunakan kemudahan kolam air panas.

"Pembukaan fasa kolam baru ini diharap akan memberikan keselesaan kepada pengunjung," katanya.

Mengulas lanjut, pihaknya juga bercadang membina chalet dengan kemudahan akses Internet jalur lebar tanpa wayar percuma.

Mengulas mengenai proses pembersihan air kolam tersebut, Aznor berkata, mereka mempunyai tiga pam untuk membersihkannya.

Katanya, pengunjung tidak perlu bimbang mengenai tahap kebersihan air di kolam kerana ia dijamin selamat dan bersih.

Sementara itu, seorang pengunjung, Aminah Manan, 58, berkata, dia kerap ke pusat rekreasi ini bagi menyembuh kesan lukanya akibat penyakit kencing manis.

"Saya percaya sumber asli ini memberi banyak manfaat kepada kesihatan dan tempat ini menjadi tempat kegemaran saya sekeluarga sejak dulu lagi.

"Selain itu, kemudahan yang disediakan pihak pengurusan di sini adalah lengkap dan yang penting kebersihannya sentiasa dijaga," katanya.

Bagi Zaleymah Mohd. Zahar, 35, berkata, dia menganggap Kolam Air Panas Gadek sebagai yang terbaik berbanding kolam-kolam lain.

"Tempatnya yang bersih dan selesa mendorong saya membawa keluarga ke sini.

"Selain daripada khasiatnya, kami sekeluarga seronok menghabiskan masa di sini kerana pelbagai kemudahan yang disediakan," katanya.

- UTUSAN


Ok, sekian saja aktiviti yg dapat di kongsi...next destination, merancang nk ke kolam air panas Pedas plak. Ada cadangan tak, mana2 kolam air panas yg besh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...