Tuesday, July 26, 2011

WEEK 27-Fetal Development




Your not-so-tiny-anymore baby (2 pounds and 14.5 inches long!) is slowly rotating in preparation to “head out” for the grand entrance on their birthday!
Now obviously, this doesn’t happen overnight, but when you start to feel a new sort of pressure "down there" (aka your cervix), you’ll know you’ve got a fully flipped locked-n-loaded womb-fruit waiting for the countdown to launch!
If you feel like they're still not flipped, don't worry, you've still got time.
Impressive physical developments of the week: your child's lungs are already capable of breathing air as their vascular system can now handle oxygen/carbon exchange and their brain stem can now regulate rhythmic breathing as well as their basal body temperature!
For what it’s worth, at this point in a healthy pregnancy - if you were to give birth prematurely, your tiny fighter could easily win on the show: “Survivor: The Early Years.”
Go ahead, give your belly a gentle hi-five!

Amalan Semasa Mengandung

Semasa mengandung ni, kita perlu banyak amalkan surah-surah pilihan seperti surah Yusuf, Maryam, Hujurat dan lain-lain lagi. Tapi seeloknya, bacalah keseluruhan Al-Quran sehingga khatam, itu lebih bagus dan afdhal.
Berikut adalah kebaikan dan surah-surah yang bagus untuk di amalkan semasa hamil:-

* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)



Selain itu ada juga doa-doa pilihan yang elok juga untuk di amalkan:-



* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)



source: http://babyibu.blogspot.com


Setakat ni saya banyak fokuskan kepada membaca surah-surah pilihan dalam Al-Quran..Lagi elok dan bagus lagi kalau kita membuat hafalan surah-surah di dalam Al-Quran.Tak perlu surah yg panjang2, surah pendek2 pon dah ok , ini untuk menggalakkan anak kita menjadi seorang hafiz atau mudah menghafal (opss terus terang, saya pon tak start lagi hafalan surah2 nie..adoiii bilerlh nk start ni)


Selain dari amalan membaca al-quran, ibu-ibu hamil juga perlu jaga perlakuan dan akhlak sepanjang hamil. ini kerana segala perbuatan kita akan mudah mempengaruhi sikap anak kita bila dia membesar kelak. Jadi, kena beringat sentiasa.


Pemikiran kita juga perlu sentiasa di jaga..Pastikan kita sentiasa ceria dan selalu berfikiran positif. jangan asik nk moody tak tentu pasal dan suka fikir yang bukan-bukan.


Ok setakat ni dulu n3 tuk hari nie...sekadar nk beri peringatan pada diri sendiri dan harap dapat juga memberi manfaat pada yang lain..jazakallah


p/s:- Minggu nie kandungan saya dah masuk minggu ke 27. Alhamulillah baby sihat dan bergerak dengan aktif.

Friday, July 15, 2011

Floria Putrajaya 2011

Minggu lepas orang lain kecoh dan hangat mengenai perhimpunan BERSIH, tapi hujung minggu lepas walaupun asalnya plan nak lepak2 kat rumah jer, tapi perancangan akhir berubah bila tiba-tiba dapat call daripada mak saya. Rupanya mereka nak datang rumah saya dan nak ajak pergi rumah makcik saya di Bangi. Lepas tu sekali nk pergi Floria Putrajaya plak..Hoho..mcm best je kan..apalagi, memang tak menolak lah.

Mak dan abah datang rumah saya pada hari Sabtu petang. Rupa-rupanya makngah saya pon ikut sekali. Sebelum tu, abang saya daripada Subang pon datang jugak. So hari tu saya pon masak-masak untuk di jamu kepada keluarga saya. Alah masak simple-simple je :-).

Petang tu dalam pukul 6 lebih, kami gerak ke Bangi. Alhamdulillah, takderlah kena road block atau jammed. Lagipon kami nak ke Bangi je, bukan masuk KL pon. Dalam pukul 7ptg, kami sampai ke rumah makcik saya tu. Sebenarnya makcik baru je jalani pembedahan 4 hari lepas, tu yg mak ayah sumer nak datang jenguk dia, tanya khabar. Alhamdulillah, makcik saya dah ok, cuma tak boleh nk buat kerja berat2 je. Kami pon takderlah duduk lama2, lepas tumpang solat maghrib, kami pon bertolak ke destinasi seterusnya, apa lagi ke Floria Putrajaya la hehe..

Alhamdulillah perjalanan ke Putrajaya lancar je...takderlah jammed sgt..Lokasi Floria tu di Presint 2, dekat area tasik putrajaya. Malam ni adalah malam perasmian Pesta Floria yang akan berlangsung selama seminggu. Jadi acara pada malam tu adalah perarakan boat berhias dan pertunjukkan bunga api. Meriah sgt2 kat situ, masa kami sampai dah ramai orang menunggu kat tepi tasik nk tengok perarakan boat berhias tu. Masa kami sampai perarakan baru je bermula..Sesak jugak nk tgok dekat2...dpt tgok dr belakang je mula2 tu. Pastu saya dan suami menyelit2, dapatlah jugak sampai ke depan..barulah dpat amek gmbr jelas sikit.





Ada 14 boat berhias yang menyertai pertunjukkan malam nie. Kebanyakannya dari syarikat besar2 seperti Genting Highland, YTL, iCity Shah Alam dan wakil dari negara-negara lain seperti Brunei, Indonesia dan Thailand. Tapi saya tak tengok sampai habis pon. Penat pulak berdiri lama-lama..panas pulak tuh..Pastu saya dan suami pergi ke tempat pameran dan pergi carik makan kat area food court. Dok belek-belek apa nak makan, yg ada kebab, Kenny Roger roaster, KFC, Pizza Hut, Otai Burger, Ice blended..then last choice kami beli Pizza Hut jer la,,share berdua ngan en hubby. Jadi kami berpecah dua, suami pergi beratur utk order pizza, saya beratur utk beli ice blended. Aduhh punya la ramai orang, letih menuunggu beratur. Tp penantian berakhir biler ice blended manggo yogurt berada di genggaman..hehe...Sian en hubby dh tunggu lama kat meja, tunggu saya tak siap2 lagi. Tak lama kami tengah makan, tiba2 jer kuar pulak pertunjukkan bunga api..saya apa lagi, pergilah snap picture dan rakam video bunga api tu. Sampai sakit tengkuk dan tangan dok merakam video..ada dalam 5 minit jugak la pertunjukkan tu.. (nanti saya sharekan video tu yer)



Dah lama rasanya tak tengok bunga api..rasanya last tengok masa 2 3 tahun dulu, masa tengok pertandingan bunga api, kat Putrajaya jugak. Laaa nie baru dpt tgok semula, excited mcm budak2 plak rasanya hehe..
Habis bunga api dan makan, saya dan suami jalan-jalan dan tengok pameran bunga di Floria Pavillion..hahh dah namanya pon pesta flora, mestilah kena tengok bunga kan...so untuk tahun nie, temanya adalah ros. Biler masuk je kawasan pameran tu, semerbak bau-bau ros..best sgt2...dahlah saya pon sgt suka bunga ros..romantik gitu.. Penyertaan kali ni banyak juga daripada negara luar seperti Kenya, Korea, Filipina, Indonesia, China dan lain-lain lagi..Oklah, jom kita tengok apa yg ada dalam pameran tu yer.

 Dari kiri: makngah, mak, saya dan abang long
Ni kat depan Floria Pavillion



 Pintu gerbang ke salah satu taman pameran



 Sempat posing dulu yer..nampak ke perut saya??huhu



Wif my beloved husband...


credit to my brother's iphone 4 :-p


 Ni kat hiasan bunga kategori pintu gerbang



 posing jer ibu mengandung ni kan?? hihihi





Hiasan bunga kategori halaman rumah... cantiknye kalau rumah saya 
mcm nie hiasannya..



Bunga orkid laa..

Thursday, July 14, 2011

Anemia Ketika Hamil ( Saya ler tue)

Apakah ANEMIA?


Anemia  atau kurang darah berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun anda tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, anda masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.
( Masa first time saya buat pemeriksaan kandungan dah kantoi darah rendah hmmm..)


Apakah Penyebabnya?

Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia :
  • Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian ( mungkin kot...)
  • Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak. (erkkk...ni takde la plak)
  • Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya Anemia ( perubahan dari segi macam mana tu yerk?? lambat cerna kot? )
  • Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan. ( hmm kenalah ambik ferum 2 kali ganda kalau gitu)
  • Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika. ( ni tak tahulah plak...kena check la dulu..harap2 bukan sebb ni la)

Faktor - faktor risiko

Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat Anemia :
  • Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah. ( ni masa awal2 mengandung je dulu)
  • Wanita yang mengandung kembar ( anak saya bukn kembar yer  hehe )
  • Sela masa kehamilan yang terlalu rapat. ( this is my first time pregnancy)
  • Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat Anemia. ( mungkin la kot..selalu je ter'miss' makan ubat...diet pon ikut suka hati je)
  • Merokok dan meminum alkohol berlebihan ( tidak pernah sekali pon ye)
  • Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan ( ada cacing dalam perut??)
  • Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.( ubat apa ni haaa??)

Tanda - tanda dan gejala

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
  • Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan. ( apasal saya tkder rasa letih sgt pon?? pengsan pon tak pernah lagi setakat ni)
  • Kelihatan pucat ( entah..nampak cam sama jek)
  • Kesukaran bernafas/sesak nafas.( ok je lagi setakat ni...sesekali la kalau buat kerja laju sgt)
Gejala berikut juga boleh berlaku :
  • Loya ( masa awal mengandung je)
  • Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat ( jarang-jarang)
  • Sakit kepala dan pening ( masa awal mengandung dulu slalu sakit kepala...sekarang tkder plak sakit2 kepala ni)
  • Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah ( mcm mana tu yer? tkderla kot)
  • Mudah lupa ( haha..rasanye dari dulu pon mmg saya ni pelupa ngee..)
Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :
  • Mengalami Jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit ( suami saya ckp kulit saya warna kuning..alamak yeker??)
  • Sakit di bahagian perut atau abdomen ( yupp..lately selalu sakit bahagian ulu hati)

Komplikasi

Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk.

Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh mengaruh kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.

Lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas bersalin.


( Minta saya dijauhkan dari segala komplikasi berikut ..amin)



Ujian - ujian

Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan berikut perlu dijalankan :
  • Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.
  • Ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid folik. ( Minggu lepas doc suh saya amek darah untuk check satu2 paras hemoglobin, ferum dan mcm2 lgi tuh...resultnya akn saya tahu next week...huuu takutnye)

Pencegahan

Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:
  • Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari berlakunya masalah kurang darah. ( saya kena makan 2biji iron tablet, 3 kali sehari, setiap hari...sekarang ni saya tambah lagi dengan sebiji Iberet 500 yg saya beli di farmasi)
  • Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.( hati dan kerang memang saya tak makan sgt..kena mkn sayur banyak la pasni)
  • Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati. ( buat sup cendawan la tiap2 hari, ok tak??)
  • Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.( selalu jugak buat jus oren, jus mangga dan lain2 buah...so far makan buah yg paling sedap sekali :-) )
  • Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik. ( ohhh wajib  makan ubat tu tiap2 hari)
  • Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan. ( kopi dan teh mmg dh stop masa tahu mengandung dulu...tapi nk stop minum MILO dan minuman bercoklat lain2 tu susah sikit la..ke tkape nk makan coklat/koko? sebab ada kafein jgk kan?)

Kat bawah ni ada jadual kandungan Iron dalam makanan. Pasni mungkin boleh tumpukan untuk makan-makanan yg kat bawah ni lebih sikit kan?


Jadual 1: Kandungan Iron didalam makanan
Makanan
Saiz Hidangan
Zat Besi (mg)
Hati, Ayam
2 keping,105g
12.8
Peha ayam
1 ketul kecil,125g
1.0
Daging lembu tanpa lemak
1 keping,268g
5.9
Hati, Lembu
1 keping,283g
11.1
Tuna
1 ketul,73g
1.1
Kerang
10 Biji,86g
2.0
paru
½ Cawan,2g
7.7
Oats di proses
½ cawan
1.8
Tauhu
1 keping,107g
3.4
Kacang
1 cawan,154g
4.5
Bayam
1 cawan dicincang,64g
2.4
Kismis
39g, ¼ cawan
1.4
Roti
1 keping,25g
0.8
Nasi
128g
0.3
Rujukan : Nutrition Composition of Malaysian Food, 4th Edition. Institute for Medical Research, 1997.


Kesimpulan daripada artikel yang saya petik dari website www.ratu.com ni, apa yg boleh saya katakan kemungkinan diet harian dan pengambilan supplemen iron yg kurang teratur menyebabkan paras Hemoglobin dalam darah saya semakin menurun setiap kali saya buat pemeriksaan antenatal. Semoga dengan artikel nie, saya akan lebih peka dengan setiap pemilihan makanan dan jangan ngada-ngada nak miss makan ubat lagi, ok? Mohon kawan-kawan boleh share petua dan resipi masakn yg kaya dengan zat besi atau supplemen yg terbaik lagi terhebat di pasaran, supaya cepat sikit darah saya ni naik... takut nie, minggu depan nk kena pi check klinik ngeee ;-(

Saturday, June 4, 2011

Dulu Berdua..kini bakal bertiga


Post dahulu baru je citer pasal hidup saya yg dh ber'dua'..tapi sekejap je masa berlalu, dlm perut nie dh 5 bulan dh usianya..Hmm syukur alhamdulillah, rezeki awal, kami terima dengan lapang dada.
Rasa berdebar-debar jugak nak jadi ibu nie. Macam-macam dok pikir. Once kita dh jadi ibu, selama-lamanya hingga kita mati nanti status kita sebagai ibu akan kekal. Tertanya pada diri, bolehke saya jadi seorang yang terbaik untuk anak-anak saya nanti? Tapi saya taknak la fikir yang negatif. Saya nak optimis dan yakin pada diri saya, bahawa saya boleh jadi seorang ibu yang baik, boleh jadi teladan kepada anak-anak dan menjadi idola mereka suatu hari nanti.

Sepanjang 5 bulan mengandung nie, alhamdulillah Allah mudahkan saya. Takde la muntah atau morning sickness yang teruk2 sgt. Cuma rasa mual dan kurang selera makan je masa awal2 mengandung dulu. Pastu bila check klinik, Hb darah rendah. Dah 3 kali check up asik makin turun je..adoi...camnerla nie. InsyaAllah sekarang tengah berusaha untuk naikkan Hb darah.

Menurut nurse dan doktor, dia kata darah merah kurang @ anemia nie ada risiko keguguran, tumpah darah masa bersalin nanti. Malah anak pulak katanya tak cukup tumbesaran, kecik je. Aduiii doktor nie menakutkan saya je tau! tapi mmg risau pon, cuma bila fikir balik, masalah nie bukan saya sorang je yg alami. Berdasarkan    borak-borak saya dgn org yg dh pengalaman mengandung, boleh saya simpulkan hampir semua mereka pon pernah alami Hb rendah, tapi alhamdulillah anak mereka semua sihat je. Jadi itu yang buatkan saya fikir, insyaAllah saya pon sama jugak cam dorang tu, so jangan stress sgt nak mikirkannya. Kesian baby dlm perut nie nnti dia pon stress, tul tak? ibu mengandung kena ceria-ceria je hehe^_^ chaiyok! chaiyok! Next month check up mesti Hb dh naik, OK?? 

Tuesday, January 11, 2011

Dulu Seorang..Kini BerDUA




Sebenarnya pada tarikh harini, dah sebulan 15hari saya bergelar seorang isteri kepada seorang insan bergelar suami. Terasa pantas sangat masa berlalu..rasa macam masih zaman-zaman remaja je lagi..tak sangka harini saya dah bergelar isteri dan mungkin akan datang saya akan bergelar seorang ibu pulak.

Bila Kahwin??

Sesungguhnya saya memang busy sgt sebulan sebelum saya kahwin. Mmg tkder masa nk buat entry kt blog ni. Biasala org nk kahwin ni mcm2 bnda nk dibuatnye. Saya bernikah pada tanggal 26 November 2010, 5.35petang di Masjid Felda Palong 5. Alhamdulillah majlis pernikahan berjalan lancar yang mana ayah saya sendiri menikahkan saya. Mungkin kerana dia rasa ini adalah tanggungjawabnya yang terakhir untuk diri saya sebagai seorang ayah. Memang sediah waktu tu...menangis juga saya sebenarnya..huk hukk
Pada keesokan harinya iaitu pada 27hb nov adalah hari berlangsung kenduri besar. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Tema saya pada hari itu ialah purple putih. Dan pada hari keesokan harinya adalah kenduri di rumah pihak suami saya di Kg Sega Hulu, Kuala Sawah, Rantau.

Plan Selepas Kahwin??

Saya dan suami memang tak bekerja makan gaji. Kami bertekad untuk bekerja sendiri dan percaya reseki boleh cari di mana-mana asalkan ada usaha. Buat masa sekarang, suami saya masih meneruskan business design, printing dan publish buku. Masih ada beberapa tempahan yang dia dapat. Kepada yang berminat untuk tempah design bunting, banner, kad kawin atau ada yg nk design kulit buku bolehlah hubungi suami sya di http://proinside.blogspot.com.
Selain tu, kami juga aktif memasarkan produk BioPure, iaitu sistem penulenan air RO. Saya dan suami melakukan kerja ini atas dasar mahu berkongsi dan mahu pengguna betul2 mendapat air yang bersih di rumah mereka kerana kami tidak mahu pengguna tertipu dgn produk penapisan air yang banyak di pasaran seperti hari ini. Atas rasa tanggungjawab dan prihatin, kami lakukan dgn ikhlas dan berharap lebih ramai pengguna mendapat manfaat air yang benar-benar bersih.

Dah ada isi ker?

Opss...soalan ni agak kerap jugak org tnya slps sbln kami kawin. Hmm secara jujurnya buat masa ni belum ada tanda apa2 lagi. Tapi kami memang tk merancang. InsyaAllah kalau ada rezeki, adalah tu..tunggu je laa :)

Wednesday, October 13, 2010

Sepintas Lalu..OKTOBER

Selepas mengerah keringat, otak dan tenaga selama 6 tahun berjuang di medan ilmu, akhirnya pada tanggal 2okt2010, saya telah selamat bergraduasi dan menerima segulung ijazah yg amat di impikan oleh kedua ibu bapa kita.Alhamdulillah..terima kasih mak abah di atas doa kalian..akhirnya anakmu berjaya sehingga ke hari ini..

Tak mahu berceloteh bnyk, just let the picture tell the stories...




Photo studio session: with mom n dad






mak, adik dan abah



Just got the scroll..




Selepas keluar dewan..jambangan bunga menantiku





Bersama maknit ku sekeluarga



Bachelor of Quantity Surveying..wif KAED building at the back





Together wif friends



In front of 'Tangga Besar'



Thank you my frens for you togtherness along this journey..its sooo fun!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...