Monday, March 15, 2010

The Impress Weekend

"Adus...thesis tk siap lg nie...Dr.Preece dah suruh pre-submission hari jumaat ni utk dia check dulu sebelum hantar yg betul2"..Itulah yg terluah di hati saya beberapa hari yg lepas..sangat sibuk menjelang saat akhir utk submit thesis. Dan di saat yg kritikal ni jugak, saya di uji dengan beberapa ujian 'ketahanan mental dan fizikal'. Ohh jgn salah sangka, bukanla ujian apa sgt, cumanya time2 cam nie la ada bnyk plak aktiviti dan program yg sgt bermanfaat utk di'join' w'pon sbnrnya tgh busy utk siapkn thesis. Hmm pikir..punye pikir..dan terus berpikiiiiirrrr...akhirnya saya buat 'determined decision' utk pergi jugak. Ya pergi!

Ohh, apa program yg saya pergi tu? Ada 2 program sebenarnye. Yang pertama, Seminar Muslim Super anjuran iluvislam dan yang kedua Kursus Pra-Perkahwinan. Hah, agak2, kalau korangla, yg mana nk pergi?? Dua2 program buat pd weekend yg sama. Dan dua-dua program pun mmg berbaloi-baloi kalau pergi. Di tambah plak, thesis tk siap lg. SO?? mcm mana?

Tapi tu lah kan...niat tu mengatasi segalanya. Memang niat saya tu utk dapatkan ilmu dan tak mahu lepaskan satu peluang pon, akhirnya dua-dua program sy pergi. Tp persoalannya, mcm mana sy boleh pg dua-dua program tu serentak ye?? Haaa..di sinilah Allah dah tentukan jalannya.. Jom, cuba kita tgok kronologinya:

1. Maklumat ttg Seminar Muslim Super(SMS) mmg dah lama saya tahu memandangkn sy sendiri pon slah seorg krew iluvislam. Rasanya dr awal tahun dah tahu. So, mmg dah set 13 Mac(Sabtu) utk pergi seminar tu. Tempatnye di UEM Academy, PJ. Pengisian seminar ni mmg mantop lah! Antara pembentangnya ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Pengarang Sinar Harian, Tan Sri Muhammad Ali b. Hashim dari JCorp dan Dr. Danial Zainal Abidin, penulis buku "Muslim Super". (InsyaAllah, dlm entry lain sy kupas lebih detail apa yg sy dpt dr seminar ni ye).

2. Kursus Pra-perkahwinan ni plak, seminngu sebelum tarikh kursus baru tahu. Mcm biasala, kalau buat dlm U, dptla harga student, RM45 je. Mana dpt harga mcm ni kat luar tu. Kat luar standard harganya RM80 tau. Lgpon nnti kalau dh kerje lg susah dh nk pg. Hmm..masa ni dah konflik dah..mana satu nk pergi ni? Tk pergi ni, rugi wooo..(nk kahwin pon bkn lama lg hoho..opss!)

3. Tupp..tupp plak..keluar notis satu kampus uia tkde karen (electric) hari sbtu, 13mac dr pg sampai malam, menyebabkan kursus kahwin tu di tukar menjadi hari jumaat dan ahad! (yang sepatutnye sabtu dan ahad)

4. Makanya, hari sabtu=tkde karen+seminar muslim super= kursus kahwin tukar jumaat +ahad. Lihat, betapa cantik ketentuan Allah kan? Akhirnya, semua program tu dpt saya pergi dgn jayanya dan weekend ini sy mendapat pengisian yg bermanfaat dr segi ilmu. Alhamdiulillah..
(sijil pon dpt gak..mmg tk rugi betul pergi)

Kesimpulannya? Apa yg sya dpt dari 2 program tersebut ialah:

i- Seminar Muslim Super: Ideologi, semangat dan pemikiran baru. Mahu jadi superman! haha ( uppss..'superman' di sini bermaksud hebat dr segi pemikiranya ye..bkn mengarut nk ada kuasa luar biasa n then leh terbang!) + ukhwah sesama krew iluvislam sendiri. Terasa indah dan manis ukhwah bersama mereka ni..subhanaallah. Syukur dipertemukan dgn orang-orang muda yg hebat seperti mereka! :-)

ii- Kursus Pra-Perkahwinan: Adoiii...'tercemar' otak buat beberapa ketika. The first day paling worst..mmg tkde filter mulut ustaz yg berceramah tu. Gelak-gelak jugak, tp malunye..tuhan je yg tahu tau! Yang si lelaki..hahhh! Gelak besar yg amat! Suke betul lelaki ni yer kalau cerita bab XX ni..ceh! ( nasib bek bakal zauj tkder..kalau tk malunye!). Sib bek hari yg last tu dah ok skit..ustaz kali ni, bnyk ckp lapis2 sikit..Huhh lega..baru leh absorb ilmu. Tp kan dalam bnyk2 slot, yg ceramah pasal kesihatan tu paling mengerikan sbb dia tunjuk video perempuan bersalin! Bukan yg belah perut tu..yg normal tu..siap tunjuk kena 'gunting' lg kat situ. Arggg!!!! ngeri sungguh. Berair mata tgok, rasa cam sndiri plak yg kena..hahh, rasa masa tu cam tk nk bersalin..eerrkk ( time nie, tahu plak lelaki nk diam...mgkn dorang pon terkedu kot tgk.. cam terkena 'kejutan' elektrik pon ada..hah, baru ko tahu p'puan sakit bersalin camne).


iii- Thesis?? Wahh!!! tk siap lagi!! dah..chow2..pgi siapkan thesis!

p/s: Dah dpt reply drpd sir..pergghh, agak byk jgk dia meng'komen' thesis sy tuh.. adoiyaii..kena edit lg nihh..Ni tulis blog pon sbb tetiba stuck masa wat thesis td. So, utk mengurangkan ke'block'an nye, release tension jap kat sini..ngee.


"Ya Allah..tiada tempat aku bergantung harap, melainkan hanya kepadaMu, tuhan sekelian alam, pencipta diriku dan hamba-hambumu yang lain. Ya Allah, sekali lagi, aku mohon pertolongan dariMu, kurniakan aku ilham utk aku menyiapkan thesis ini. Bantu aku supaya dipermudahkan untuk menulis dgn baik, teratur, dapat siap pada masanya, dan akhirnya dapat markah yang baik (A). Amin.."

Tolong amin kan ye..:-)





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...