Friday, March 5, 2010

Tazkirah Jumaat


Pagi Jumaat yg hening ini, seperti biasa, kami ada kelas measurement di studio pd pukul 9am(erkk..sebenarnye 9.30pg bru kami start). Dan seperti kebiasaannya jugak, Bro.Azrin dan Ir.Zaifudin akan memberikan 'santapan' rohani setelah kami diberi santapan breakfast sblm mula kelas. Tazkirah setiap kali sebelum mula pengajaran di kelas adalah satu rutin wajib oleh dua org lecturer kami tersebut semenjak kami berada di tahun pertama pengajian lg. Bagi kami, kami sgt bersyukur krn sekurang-kurangnya, masih ada peluang utk kami mendengar tazkirah dan di ingatkan mengenai hak Allah dan baginda Rasulullah. Mungkin kalau kami berada di universiti lain atau course2 yg lain, tiada lecturer yg sudi berikan tazkirah sebegini.

Dan seperti biasa jugak, tazkirah di mulakan oleh Bro.Azrin yg akn membaca petikan drpd hadis dan kemudian menghuraikannya. Pada pg tadi, cerita mengenai memilih tamar atau memilih untuk berjuang di jalan Allah. Di kisahkan dalam satu hadis, apabila Rasulullah mendapat perintah drpd Allah utk pergi berperang melawan tentera Rome, maka berpergianlah Rasulullah dan para sahabat untuk menyampaikan dakwah dan perintah Allah tersebut. Mereka melalui perjalanan yg jauh dengan cuaca yg sgt panas. Oleh sbb cuaca yg sgt panas ini bagus utk tanaman tamar, maka ada sebahagian org mu'min yg tidak rela utk pergi berjuang di medan perang kerana lebih memenuhi tuntutan duniawi. lalu mereka ini telah tergolong dalam golongan munafik, iaitu berpura-pura dalam islam.Inilah yg dikatakan ujian oleh Allah utk menguji tahap keimanan seseorg itu. Rela atau tidak utk melepaskan perkara duniawi utk akhirat, utk jalan Allah..masyaAllah..

Habis bacaan hadis tersebut, seperti biasa Ir.Zaifudin akn bertanya jika ada antara kami yg ingin bertanya apa2 shj atau memberi pandangan. Dan sy pon, terus mengangkat tangan dan bertanyakan kpd sir mengenai pandangan beliau mengenai kisah 'nikah koboi' yg sedang hangat dikatakan sekarang ini. Sy pasti ramai yg tertanya2 pelajar ipt mana yg melakukan 'nikah koboi' ni kan? Sy tk malu utk mengakui bahawa kisah tersebut adalah berlaku di kalangan pelajar UIA sebenarnya. Malam semalam, satu forum bertajuk "Illegal Nikah" telah diadakan dan ustaz yg menjadi jemputan itu sendiri telah 'mendedahkan' kisah tersebut. Hmm, mmg isu ni tgh hangat,hot dan membara-bara kat uia nie. Semua org tertanya2 siapakah dalang2 itu? Ok, kita stop dulu pasal tu. Pjg kalau nk cerita sbnanrnya.

Berbalik kpd pertanyaan saya kpd Ir, beliau menjawab, pernikahan tersebut tidak sah kerana wali hakim hanya boleh digunakan jika mereka berada pd jarak lebih drpd 2 marhalah. Tetapi pelajar yg dikatakan 'nikah koboi' itu, org kl, dan nikah di sini jugak..so secara terangnya mmg dah tk sah. Isu lain yg sir tekankan, cuba kaji semula apa dia rukun2 nikah. Check semula betul2 apa dia. Dan yg kedua, carilah restu ibubapa dulu kerana redha ibubapa adalah redha Allah jua. Apa guna senang seketika tp susahnya berpanjangan nanti. Biarlah susah kita seketika, tp kita akan senang sehingga ke akhirat.

Lepas drpd tu, banyak yg di kongsikan oleh Bro.Azrin dan Ir.Zaifudin mengenai isu nikah sehinggalah ke bab-bab rumahtangga. Hehe, mmg interesting jgk kerana mereka share penglaman mereka sendiri dan pengalaman2 org2 yg pernah mereka dengari kpd kami (lebih-lebih lg Ir.Zaifudin yg berpoligami, mmg lg bnyk ilmu dan cerita yg nk dikongsikan). Memandangkan kami pon dah nk habis belajar, dan akan grad tk lama lg, bnyak nasihat kehidupan telah dicurahkan kpd kami terutamanya mengenai tanggungjawab seorang lelaki dan wanita a.k.a suami dan isteri.

Memang sgt seronok dan khusyuk masing-masing dgr cerita dan celoteh lecturer kami nie. Sedar2 jam dah menunjukkan pukul 10.30pg. Tp input yg diberikan sgt bermakna utk panduan kami. Ohh ye, kat sini ada input sket yg sy nk share.Actually ada bnyk sebenarnya, tp sy amek sikitlah yg sy rasa best nk share.

Dalam hadis ada menyatakan, seorang isteri itu dipilih kerana 4 perkara iaitu keturunannya, kekayaannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yg mempunyai agama kerana sesungguhnya kamu akan bahagia dunia dan akhirat. Dan yg seterusnya ini bukan hadis, tp still boleh diguna pakai (diberi oleh Ir.Zaifudin), seorang suami dipilih kerana 4 perkara jugak iaitu ,pimpinan, guru, suami dan rakan. Maka pilihlah yg boleh menjadi pemimpin dan guru utk membimbing isteri menuju redha Allah. Jika dilihat pd hari ini, ramai pasangan berkahwin kerana inginkn suami/isteri sebagai teman dan kawan shj. Tak ramai yg pilih kerana lelaki tersebut boleh membimbing mereka dan menjadi pemimpin dalam keluarga yg akan dibina. Akibatnya, baru setahun jagung berumah tangga, dah timbul rasa jemu, meluat, pudar rasa cinta dan akhirnya benci kpd pasangan..nauzubillah.Inilah hakikatnya apabila rumah tangga yg dibina tidak berada pd niat utk mendapat redha Allah.

Akhir kata, marilah sama-sama kita bermohon pd Allah supaya kita dikurniakan seorang suami ( bg perempuan) yg boleh mendidik kita menjadi isteri solehah, yg bukan memanjakan kita dgn harta duniawi, tetapi berusaha memimpin keluarga dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Bagi lelaki pula, berusahalah lengkapi diri dgn ilmu agama di dada dan ketahuilah memikul tanggungjawab seorang suami sgtlah berat. Pilihlah calon isteri yg mempunyai agama, sbb tk perlu dah nk tegur utk tutup aurat sbb dia dah tahu, tp kalau yg kurang sikit bab agama, tanggunggjawab suami utk ajar si isteri supaya tahu nk tutup aurat, solat, puasa dsb. Kalau tak, suami kena tanggung dosa si isteri ni td. Itu yg jadi berat tanggungjawab suami ni td. Orang kata, biarlah kurang sikit pon rupanya ( mcm i lah hihih :P,,sori perasan), tp agamanya bagus..even tk sampai tahap super bagus pon, at least ada keinginan utk berubah menjadi lebih baik. Mudah-mudahan dr situ ada improvement sikit2 hasil bimbingan suami nanti. InsyaAllah. Wallahua'alam.





Lecturer dedikasi, lecturer dikasihi
Mencurah bakti mendidik kami,
Nasihat,tazkirah , pedoman diri,
Untuk hidup lebih diberkati



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...