Sunday, February 28, 2010

Rapuh

Rapuh
by Opick

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

Seribu mimpi sejuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Diantara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meskiku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu...

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada kuharap hanya
DiriMu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu...




"Ya Allah, ampunkan dosa hambaMu ini
yg sering 'rapuh' dalam mengingati dan mentaati suruhanMu"

Saturday, February 27, 2010

Anda Bijak Jauhi Zina!

Wahh apa benda yg bijak ni? ohh bijak jauhi zina...Sebenarnya ini adalah salah satu program yg dianjurkan oleh Raudhatus Sakinah Master Training& Consultancy dalam usaha membanteras gejala zina dan buang bayi yg sedang berleluasa akhir2 ni.Pada hari semalam 27hb Februari, bertempat di Dewan Besar, UTM KL, seminar ABJZ ini telah diadakan dgn jayanya. Dgn temanya "Mencari Cinta" menarik minat mahasiswa utk hadir ke program tersebut. Ternyata pengisian di dalam program ini sgt menyeluruh, berkesan dan mendatangkan keinsafan kpd semua peserta yg hadir.


Logo Kempen Anda Bijak Jauhi Zina



Kami selaku krew di pihak iLuvislam pula telah dijemput oleh penganjur iaitu PMI UTM KL untuk membuka booth sempena program tersebut. Maka saya bersama krew2 yg lain seperti kak fizah, masyitah, ina, anuar, hafif dll telah hadir utk menjaga kaunter iluvislam.

Antara yg terdapat di kaunter ini adalah beberapa maklumat mengenai visi dan misi ILuvIslam, latarbelakang, pengasas serta aktiviti2 yg pernah dijalankn sebelum ini. Selain tu, kami turut menjual tabloid iluvislam yg sudah mula di pasarkan di pasaran dan juga badge. Program tersebut berakhir kira2 pukul 2 petang, dan seterusnya kami pon bersiap2 dan berkemas utk pulang ke tempat masing2. InsyaAllah, kita jumpa lg di aktiviti akn dtg! :)



dari kiri: kak fizah, ina n me


dari kiri: masyitah, ina, aina, syikin, kak fizah




Bersama ummirose dan ibu selaku penceramah pd program tersebut, juga selaku wakil drpd Raudhatus Sakinah Master Training and Consultancy


ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI SALAH SEORANG TRAINER/FASILITATOR UNTUK PROGRAM2 ABJZ INI, BOLEH ISI BORANG DI SINI.



Friday, February 26, 2010

Penampilan Sulung di tahun 2010

Wahh..betapa lama jari jemari ini tidak menaip di sini sehingga saya hmpir terlupa sy ada blog rupa2nye..huhu..MasyaAllah..hari ini sya diberi kesempatan utk meneruskan hayat blog ini yg seperti sudah nyawa2 ikan ;{... Spt tajuk entry sy diatas, boleh dikatakn inilah post pertama saya di tahun 2010. Apa boleh buatkan, sy mmg seorng yg tk berapa rajin nk updatekn diri di blog.. entahlah, mngkn krn penulisan bukan habit sya..so agak kureng sikit dlm nk tulis2 nie. Tp kadang2 pikir, rugi plak rasanya kalau tk menulis sbb bnda yg kita lalui setiap hari tak akan kita lalui lg.. jadi dgn menulis kita boleh 'save' all that memories n bleh baca semula in future.

Oklah..bukan itu isunya saya menaip hari ini. Actually nk ingtkan yg hari ini sambutan maulidur rasul , nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw, iaitu 12rabiulawal1431. Maka pd hari ini, bercutilah semua org di seluruh negeri di Malaysia. Bersempena pd hari yg istimewa ini, maka drpd pg td, sya telah mengumpulkan koleksi lagu2 bertema Rasulullah dan saya mainkan di playlist laptop sya..sebagai mengingati baginda rasulullah dan tk lupa selawat dan salam untuknya. Semoga rasa cinta dan sayang kpd Rasulullah akan terus subur dan tersemai di sanubari. Amin..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...