Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Sunday, July 4, 2010

Ibrah daripada World Cup

Malam kelmarin sedikit kecewa kerana pasukan pilihan saya iaitu Brazil kalah kepada pasukan jersi oren, Belanda. Brazil, juara lima kali WC tewas dengan jaringan gol 1-2 kepada Belanda. Nampaknya juara 5 kali pon belum terjamin akan menang setiap perlawanan. Dan itulah namanya adat permainan..ada kalah, ada menang. Tapi malam semalam, rasa gembira dan puas hati sgt kerana pasukan pilihan saya iaitu German menang dengan penuh gaya menentang Argentina 4-0. Disebalik keyakinan ramai peminat bola sepak terarah kepada Argentina, tetapi nampaknya German berhasil mematahkan keyakinan tersebut.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah, musim piala dunia yang sedang berlangsung semakin hangat kerana sudah semakin ke penghujung..tetapi ada sesuatu iktibar yang boleh diambil drpd setiap perlawanan tersebut. Mungkin setiap orang ada persepsi dan pandangan yg berbeza dprd Piala Dunia. Ada orang, mereka bertaruh judi..ada orang sekadar hiburan semata-mata, dan ada orang pula mmg fanatik teramat sgt kpd pasukan bola mereka.

Apa yg menarik di sini, saya bukanlah peminat bola sepak..peminat fanatik pun tidak. Tetapi apabila masuk musim piala dunia, saya akan turut sama meraikan dan menonton pasukan pilihan saya bermain. Pd saya apa salahnya sesekali menonton bola. Dan saya menonton hanya sebagai pemerhati dan peminat yg tidaklah terlalu fanatik. Ada pengajaran yang boleh di ambil drpd setiap perlawanan bola tersebut. Antaranya, semangat berpasukan, daya juang dan yang paling penting adalah strategi ketika perlawanan.

Bercerita mengenai strategi atau perancangan, setiap apa yg ingin kita lakukan dalam kehidupan mmg memerlukan perancangan yang teliti.Kita tidak mungkin boleh membuta tuli utk melakukan sesuatu pekerjaan tanpa kita merancang terlebih dahulu. Akibatnya, 90% drpd apa yg ingin kita lakukan bakal menemui kegagalan dan kecewa yang teramat sgt. Begitu juga dlm pasukan bola sepak. Strategi teramat-amatlah penting utk mereka di tambah dengan keupayaan mereka ukt membaca kelemahan pihak lawan dan mengubah strategi. Ini semua mmg memerlukan kepakaran yang bukan sedikit dan lihatlah sendiri cth seperti Miroslav klose, penyerang German yang telah bermain utk kali ke-100, baru boleh mencapai tahap yang beliau miliki sekarang ini.

Dan kita sebagai peminat, penonton atau apa sahaja kepada kejuaraan piala dunia kali ini.. janganlah terlalu fanatik atau taksub kepada bola sepak sehingga terlupa kepada pekerjaan kita atau lebih teruk lagi kepada tuntutan kita kpd Illahi. Jangan dok asyik tengok bola, solat pon entah hilang ke mana. Bola bola juga, solat jangan lupa ye :-). Apa yang penting, kita perlu terima hakikat setiap permainan itu ada kalah dan ada yang menang. Tak ada game yang pemainnya dua dua menang, atau dua dua pon kalah. Yang pasti roda itu bulat, kadang-kala kita di atas dan kadangkala kita akan berada di bawah. Biasalah tu, itulah kehidupan. Tetapi mmg tak dinafikan, memang perit apabila mengalami kekalahan. Lihatlah seperti kata-kata Maradona, apabila mengatakan Lionel Messi mengalami kekecewaan yang teramat sangat dan menangis di bilik persalinan selepas tamat perlawanan semalam.

Ya, memang pahit apabila mengalami kekalahan...apatah lagi apabila semua peminat menaruh harapan yang tinggi kepada pasukan atau pemain tersebut. Namun sebagai seorang pemain yang berjiwa kental, pasti mereka akan terus bangkit dan terus berusaha utk pada masa akan datang.




Menonton bola di Dataran Merdeka bersama abang..satu kenangan
yg tak mungkin dpt dilupakan

Saat gol dijaringkan oleh Klose..GOAL!!


Meraikan gol kemenangan


Sunday, March 21, 2010

Ujian kesabaran


MasyaAllah..maha hebat perasaan rindu yang amat sgt utk pulang ke kg, utk menatap wajah ibu dan ayah ohhh..

Memang dah lama pon saya tk balik ke kg. Kali terakhir masa cuti tahun baru cina yang lepas. Di kala ke'tension'nan menyiapkan thesis inilah, perasaan nk balik tu sgt tinggi..Mmg slalu mcm ni pon..asal rasa tension je, mesti rasa nk balik umah..tak tahulah nape. Mngkn bile balik tgk wajah mak abah, hati jadi rasa lebih tenteram kot.. kan memandang wajah ibubapa saja pon kita dh dpt pahala , betol tak? (correct me if i'm wrong).

So, nk dijadikan cerita, pd hari khamis petang.. sy buat decision on the spot utk balik umah, memandangkan sy pon dah berjaya menyiapkan thesis saya ( tinggl lg nk edit skit2 + print aje), so sy dgn rasa senang hatinya..pack baju n then terus je keluar. Beli tiket train pon on the spot je. Sampai kl sentral, elok je dlm kol 7.15pm...terus gi kaunter n beli tiket KTM Antarabandar ke Gemas. Selalu kalau waktu malam, Keretapi Ekspress Wau je yg ada. Train ni akn pergi ke Tumpat. So, sy amek tiket yg pkl 8.30mlm. Smentara menunggu, saya solat dahulu, dan selepas selesai terus tunggu di pintu masuk. Sempat jugak sy makan dulu di KFC. Tepat jam 8.15, pengumuman utk train Ekspress Wau kedengaran, dan ini bermakna saya dah boleh boarding ke dlm train. Alhamdulillah, mmg tkde masalah apa2..tepat 8.30, train pon bertolak.

Tiba di stesen Kajang, train seperti biasa akn berhenti ukt mengambil dan menurunkn penumpang Cuma yg peliknya mlm tu..dia berhenti lama sikit. Adalah lebh kurang dlm 10-15 minit kot..baru dia start gerak. Ok, fine..mngkn tkde pape la kot.

Seterusnya, tiba di stesen Seremban plak..perkara yg sama jugak berlaku. Tp kali ni lbh lama dia berhenti drpd td..adalah dekat 30minit jugak. Wahh..dah panas punggung jgk nie..dalam hati dah rasa pelik..apasal ni? Ada masalh apa2 ke? Akhirnya pastu dia gerak jgk..dlm hati ni, alhamdulillah..

Namun..ku sangkakan cerah sampai ke petang, rupanya hujan di tengahri..Baru perjalanan tk sampai 30 minit..tiba-tiba, train semakin slow..slow..sloooww dann tuppp..tupp STOP! Ehh?? mana ada stesen pon kiri kanan? Apsal plak nie? Saya pandang kiri kanan. Mula-mula sy diamkan diri je. Lama-lama tk tahan saya jalan ke depan koc. Sy bertanya kepada pakck yg keluar masuk koc.

saya:"Pakcik, kenapa dgn keretapi ni?"
Pakcik: " enjin rosak la dik..adik nk pg mana?"
saya: " Hah?? rosak?hmm..saya nk pg gemas."
pakcik: "hah..tidur je la dulu..lama lagi ni"

Saya terus diam..dan pulang semula ke tempat duduk..aduh, rosak plak keretapi ni.Jam dah dekat pukul 11 lebih. Ayah saya dah mesej bgthu yg dia dah sampai ke Gemas utk mengambil saya. Aduh, kesiannya ayah saya. Kemudian sy reply semula mengatakan mngkn sampai lmbat sikit sbb keretapi rosak. Mula-mula sy sangkakan mungkn sekejap aje la kot kalau dorang nk repair2..tup2 seleps tu, baru dia buat pengumuman mengatakn mereka akn tunggu lokomotif yg bawa enjin baru datang, dan terpaksa tunggu sehingga loko tersebut sampai..Haahh?? adusss...memang rasa bengang yg amat sgt. Kena tunggu lokomotif baru sampai? Dr mana? saya pon tk tahu dr mana dia dtg. Yang pastinya pukul 3pagi baru keretapi yg sy naik ni meneruskan perjalanan. Ya! Pukul 3 pagi! Menuggu drpd pukul 11 lbh td!

Wahh mmg tension yg amat..inilah yg saya katakan "UJIAN KESABARAN"..Ya Allah, kau uji kesabaran ku..sedangkan kau tahu, hambamu yg seorang ini sgt tk tahan sbar dalam bab tunggu menuggu nie..:-( ..astaghfirullahhalazim..astaghfirulahhalazim...Hanya istighfar dan zikir dpt mengubat hati ini..mmg rasa nk menangis, nak meraung dan menjerit pon ada sbb tersgt lama menunggu.. mp3 yg terpasang di telinga pon makin lama makin kurang baterinya..dan tupp stop..bateri kong! wahh!

Sabar izzati..sabar...sy pujuk diri nie..mmg mula2 rasa yg menyesal amat2 sbb balik hari tu sedangkan sy tahu, keesokan harinya (jumaat) abg sy akn balik ke rumah jgk dan menaiki kereta..Waduhhh...rasa sesal yg menebal, tp sy pujuk hati ini..pasti ada hikmahnya. Apa yg menambahkan sedih bila, mak dan ayah saya sanggup tunggu di stesen Gemas dan tidur di kereta semata-mata utk tunggu saya!..ohh sedihnya..saya rasa terharu + sebak+ bersalah dgn ibubapa saya. Kalau sy tk balik hari tersebut, pasti mak dan abah tk perlu sampai menunggu saya berjam-jam lamanya..masyaAllah! Ampunilah ibubapa ku ya Allah!

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman (ertinya): “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan ganjaran mereka tanpa batas.” (Az Zumar: 10)

Al Hasan Al Bashri berkata: “Sabar adalah satu kekayaan dari kekayaan yang baik, Allah subhanahu wata’ala tidaklah memberikan kecuali kepada hamba-hamba-Nya yang mulia di sisi-Nya.

Takperlah, nak buat mcm mana kan..ingt je la Allah banyak2..jgn merungut dan menyesal. Allah tak akan jadikan sesuatu perkara itu sia-sia. Di sini saya belajar menahan 'sabar' dan mengenal cinta tanpa syarat oleh kedua ibubapa saya..ya! cinta tanpa syarat! apa tu cinta tanpa syarat, boleh baca lebih lanjut dlm saifulislam.com ye.

Syukur alhamdulillah..pukul 4.30pg train tiba di Gemas dgn selamatnye..dan train2 yg lain terpaksa 'delay' jgk disebabkn kerosakan td menyebabkan ramai jgk org tersadai kat stesen keretapi..Hmm, tk leh nk kata apa...sabar jelah!

p/s: pecah rekod, perjalanan pulang ke kg paling lama, 8 jam! (yg sepatutnya 3jam shj asalnya)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...