Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Menanti Penuh Debaran....38 weeks 1 day

List Barang Baby:-

Baju baby --siap
lampin/diapers---siap
mitten & booties---siap
topi--siap
sabun,shampoo,bedak, baby oil---siap
barut--(tgh tunggu postage sampai kt umah dis week)
bedung---siap
blanket--siap
towel---siap
romper--siap
minyak baby---belum beli lg(minyak YUYI @ Telon yg ok?)
bantal +tilam baby


List Barang Ummi :-

kain batik---siap
blouse butang depan---siap
disposable panties---siap
nursing bra---siap
stokin---siap(pakai yg dh ada tu jer..ker nk pakai yg tebal tu yerk?)
sweater---siap
bengkung--siap(yg moden ada, yg jenis kain belacu pon ada)
tunku,param, pilis dan segala macam herba ----(mak dah siapkan)
set bersalin---(saya pakai set bersalin Ambar Kenanga..nmpak ringkas dan mudah)
breast pump---pakai yg biasa punye jer dulu...nnti ada rezeki nk upgrade pakai medela swing/harmony :-)
mp3,majalah, kamera(penting kamera nie, nk capture the best moment in my life!)
Buku Pink


Ok, ni antara senarai barang yang dah saya siapkan untuk menanti kelahiran anak sulung saya tak lama lagi..semua barang2 dah siap masuk dalam kereta..so taknaklh nti kelam kabut kalau tetiba sakit nk bersalin plak nnti...so far sekarang masih ok lagi rasanya, tp semenjak dua tiga hari nie perut dah asik rasa mengeras je..dah rasa tk selesa sgt nk buat2 kerja dan nk solat pon dh tk boleh nk sujud.



Bab-bab petua pulak...ada macam-macam petua yg saya dapat untuk mudahkan bersalin..antaranya minum air kelapa muda, makan kurma dan makan sayur bendi..



bendi....mmg sayur feveret saya terutama masak asam atau masak goreng


air kelapa muda..... mmg yummy..sedap di minum kalau letak ais hehe


kurma...tk perlu disangkal lagi khasiat dan kebaikannya..amalan sunnah pemakanan nabi..elok di amalkan semenjak awal mengandung lagi.

Untuk elakkan anak kena kuning lepas bersalin nanti, mak saya dah pesan suruh minum susu kambing start dari cukup bulan atau 8 bulan. Kalau dapat minum susu kambing yg fresh tu lagi bagus..tp setakat nie saya tk mmpu la nk minum yg fresh tu sbb rasa hamis kambing tu kuat sgt..lgipun tk mudah nk dpt yg fresh ni..so saya pakai jerla susu kambing jenama HR Hi Goat. Itu pun ok jugak dah.. something yang buat saya surprise bila minum susu kambing ni, the next day kaki saya yg sebelum ni membengkak bulat bagai nk rak tu boleh tetiba susut dan dh tak sakit dah! Jadi kepada ibu-ibu mengandung kat luar tu yg mengalami kaki bengkak atau edema semasa mengandung, bolehlah cuba minum susu kambing ni yer :-)..






Friday, August 26, 2011

Kuih Raya??

Hahhh tahun nie anda semua buat kuih raya apa?Ke buat kuih raya 'tunjuk-tunjuk' jer?? Saya pasti ramai antara kita yang buat sendiri kuih raya atau beli je yg dah siap, senang! Betul tak?

Tapi lain pulak ceritanya dengan saya. Entah apa kena dengan raya tahun nie...semua rasa nak buat sendiri jer. Mungkin kesan daripada mengandung ni kot..jadi terlebih rajin lain macam sikit huhu... tp yang sebenarnya nak cuba buat sendiri..saya lebih puas hati makan kuih/biskut raya yang dihasilkan oleh tangan sendiri...rasa seronok lebih2 lagi kalau menjadi dan sedap pulak tu..Kalau nak beli yang dah siap tu, kadang-kadang kita bukan tahu rasa dia, entah sedap ke, entah tak sedap ker...tapi kalau kita buat sendiri, kita boleh ubah suai ikut citarasa sendiri. Yang bagusnya, kalau orang tanya pasal kuih tu, mesti kita akn cakap...ha'ahh buat sendiri.. hahh tak ke rasa bangga gitu!! eceehhh (riak! riak!..hishh tak elok tau)

Ok malas nak bebel panjang2 pasal kuih raya ni..kat sini nak tepek satu gambar kuih yg berjaya saya buat iaitu popia nestum..mmg best sgt rasa popia nestum nie..tak rugi kalau anda semua buat...senang dan mudah je caranya.. saya buat guna dua peket kulit popia besar, dapatlah 1 balang setengah..tp satu balang dh bg mak mertua...ada sebungkus lagi kulit popia, nak buat untuk my mom pulak :-)

Ni gambar hasil popia nestum saya yg dah siap.



Untuk resipi, credit kepada blog cendana kasih...terima kasih ye kak :)

Ada 2 jenis lagi kuih yang saya buat iaitu cornflake coklat ( ganti kepada coklat madu, buat kelainan sikit) dan satu lagi kuih siput...Alah saya buat kuih yg senang-senang jer..kalau buat yg leceh-leceh ni takut tak buat kerja lainlah jadinya hikhik.. Tp maaflh gmbr tak dpt nk tepek kt sini sbb lupa plak nk amek gmbr..Kalau rasa- rasa teringin nk makan kuih homemade buatan tgn saya nie, jemput2lah yer dtg rumah saya raya nnti k :-)


Kek Velvet Ombak Beralun @ Kek Lailatul Qadar

Alkisahnya, malam semalam saya bertungkus lumus bersama bersuami menyiapkan kek velvet atau saya bagi nama dia kek lailatul qadar, konon2nye sempena 10 mlm terakhir, bg nama lain sikitlh kek tu kan..kisahnya, terjumpa resipi ni kat dalam majalah iklan masa kat ofis, tgok rupa kek mcm sedap je, terus rasa mcm nak buat..bahan-bahannye pon takderlah susah sangat nk cari...

So mlm tadi lepas isya' dan terawih, bermulalah operasi kami laki bini membuat kek.Mula-mula saya siapkan bahan -bahan, suami pulak tolong keluarkan mixer, bentang tikar, amik dulang...saya pon sukat lah tepung, gula, susu dan segala macam bahan. Amek masa jugak rupanya nk siapkan semua bahan-bahan tu. bila semua bahan dah tersedia, apa lagi tinggal lebur je dalam mixer tu....pukul je sampai kembang...yg tu pon tak amek masa sgt...sampailah ke step terakhir, kami pon kukuslah kek tu..ohh lupa nk bgthu, kek ni di kukus yer..tk perlu bakar :-)
Lebih kurang dalam pukul 11mlm kami masukkan dalam pengukus, kemudian kami biarkan selama 45 minit.  Dalam tempoh 45 min tu, bolehlah kemas dapur dan cuci-cuci pinggan mangkuk segala bagai tu..Memang best gak buat kek ni, yg tak bestnye bab2 nak mengemas dan mencuci pinggan mangkuk tu yg tak tahan huhu.. tp takper, demi sebiji kek, ku gagahi jua ecehh!

Akhirnya dlm pukul 11.45mlm gitu, suami padamkan api dapur...masa tu saya dh terlelap jap kat katil..suami panggil bgthu kek dah siap..on the spot gak saya bangun! haha excited punyer pasal...
Biler tengok hasil kek tersbut, not bad...sgt puas hati! Cuma corak dia berserabut sikit la...haha tak kesahlah tu, janji jadi kek, kalau jadik biskut haru jugak gamaknye kan?

Lalala...jom cuci mata tengok kek nie,, sowiii tak cantik sgt rupanya tp rasanya, 5 thumbs up! Ok, nnti saya kongsikan resipinya, nnti u olls semua bolehlah buat jugak..mungkn boleh buat sempena raya nnti ker..tp kami punye mcm tk sempat je nk buat raya..ni pon dh tinggal separuh kena ngap huhu :-)

Ni lah rupa kek yang dah siap di potong...

                                              Dah siap pack 3 bekas, untuk bagi officemate sikit :-)

Ok ni resipinyer:-

Bahan-Bahan:-

5 biji telur Gred A yg sejuk dari peti ais ( saya guna telur gred C, jadi sya tmbah sebiji lg)
2 cwn tepung gandunm - ayak
1 cwn gula castor
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovellete
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla
1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat (150g)
100g mentega - dicairkan
Pewarna oren, kuning, hijau dan merah
Secukupnya serbuk koko atau serbuk milo ( saya campur dua-dua)

Cara-cara Membuatnya:
1. Panaskan kukusan. Loyang di alas kertas dan di gris sekeliling
2. Pukul telur, gula hingga kembang. Kemudian masukkan semua bahan yg lain kecuali mentega dan pewarna
3. Setelah adunan kembang, masukkan mentega cair. Kaup balikkan adunan hingga rata
4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan warnakan
5. Ratakan adunan pertama di dalam loyang. Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata-rata hingga menutupi lapisan pertama tadi
6. tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas. Bagi memudahkan guna sudu makan dan tompok-tompokkan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko. tabur lagi serbuk koko rata-rata. Ulangi melapis dan menabur serbuk koko untuk lapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
7. Tutup loyang kemas-kemas dengan aluminium foil yang telah disapu mentega
8.Kukus selama 45minit
9.Apabila masak, buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang telah dilapis sudah kelihatan berombak
10.Biarkan kek 5 minit dalam loyang. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai/pinggan
11. Biarkan kek benar-benar sejuk dan boleh dipotong sebelum dihidangkan


SELAMAT MENCUBA :-)

Tuesday, August 9, 2011

Alkisah Ramadhan 1432H

Alhamdulillah, tahun nie buat pertama kali saya menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini bersama suami dan juga dalam keadaan sedang sarat mengandung. Syukur di atas nikmat yang telah Allah kurniakan.
Puasa pada tahun ini, agak mencabar sikit sebab saya mengalami anemia ketika hamil dan perlu banyak jaga pemakanan yang sihat untuk kekal cergas. Kalau kurang makan, nanti keletihan dan mungkin boleh pitam.
Puasa pada hari pertama telah mencabar kebolehan diri saya. Dari pagi hingga tenghari masih boleh tahan lagi..tapi masuk ke petang je, badan dah menggigil dan kepala dah pening, rasa macam nak pitam yang amat sgt. Selepas berbuka aje, terus collapse! Mmg tk larat nk bangun, terbaring je...sembahyang pon rasa semput dan dada rasa sempit. Kesudahannya, 3 hari keesokannya saya tak dpt berpuasa...sgt sedihkan?

Tapi disebalik kesedihan itu, nak dijadikan cerita...saya telah menemui penawarnya apabila saya menemui saudara ayah saya di Bandar Enstek. Beliau adalah pengedar air sarang burung walit. Oleh sebab ayah saya dah amanahkan kepada saya untuk belikan sbotol untuk dia, jadi saya pon belilah juga sebotol sebab daripada penerangan yg sedara saya bgthu, air sarang burung ni bagus jugak untuk perempuan hamil. Alhamdulillah selepas saya ambil pada malam dan sebelum sahur keesokan harinya, saya dapat berpuasa penuh pada hari tersebut! Malah sehingga hari nie, saya dapat berpuasa penuh tanpa rasa keletihan dan timbul simptom2 seperti hari pertama saya puasa..Malah anak dalam kandungan saya bergerak cergas walaupon saya tetap berpuasa :-) Syukur sangat di temukan dengan penawarnya...kalau awal sikit saya jumpa air sarang burung tu, mesti dah dapat puasa full kan?? hehe...
Nak tahu produk apa yang saya pakai??

Tadaaa...inilah dia produk yang saya pakai sepanjang ramadhan ni...
Minuman Sarang Burung, Aerodynamus Healthy daripada syarikat Ketella.
Kalau ada sapa2 berminat, boleh gak nak order daripada saya...
Harganya RM90 je...420ml. Boleh tahan sebulan.

Ok, kat bawah nie saya letakkan khasiat dan kelebihannya:

Aerodramus Healthy adalah produk terbaru bagi menggantikan ASB 420ml. Kandungan sarang burungnya telah dipertingkat daripada 12% kepada 15% serta ditambahkan lagi dengan lingzhi (Ganoderma). Produk ini adalah produk yang paling laris di pasaran dan merupakan formulasi terbaik daripada FAA Marketing.
Stevia digunakan bagi menggantikan gula sementara serbuk mutiara dicampurkan bagi memberikan khasiat kepada tulang dan urat saraf. Di antara khasiat utamanya dapat membantu:
  • Memperbaiki system buah pinggang.
  • Agen pemulihan hepatitis B.
  • Batuk-batuk kronik.
  • Memperkuatkan tenaga batin.
  • Agen pemulihan pengidap Asma.
  • Mengurangkan kahak.
  • Wanita mengandung dapat mengurangkan sakit pada pinggang dan menguatkan paru-paru bayi dalam kandungan serta mempercepatkan proses penyembuhan selepas melahirkan.
  • Meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
  • Menguatkan tulang dan saraf serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit khususnya bagi warga emas.
  • Bagi perokok, ianya dapat mengurangkan kesan yang timbul daripada nikotina serta mencegah kanser paru-paru
  • Kardiovascular – sarang burung mengandungi Qoenzyme Q10 baik untuk kesihatan jantung
  • Anti Oksida dapat membantu mengurai asid urik yang terkumpul dalam tubuh badan.
Cara pengambilannya: Satu sudu besar di waktu pagi dan malam


p/s: Highly recommended untuk mereka yang sakit2 sendi, sakit2 lutut, gout. Sama je macam Walit Gold, sebab kilang yang sama, packaging je lain2.

Fetal Development - Week 29





If you’ve been feeling weird little fluttering butterflies in your belly, it’s not just your run-of-the-mill pre-birth performance anxiety.
Actually, it's your amazing baby with a case of the hiccups: a fairly common occurrence at this point, due to them practicing breathing for their big birthday.
In addition to getting a round of butterfly-like hiccups, your little swimmer has arduously managed to accumulate enough baby fat to account for nearly 3.5% of their overall body weight.
Yeah, compared to we lardy adults, it’s not very impressive, but considering they used to have NO fat, it’s certainly a healthy (and body-warming) accomplishment in its way.
Another fantastic life-critical accomplishment: your baby's spleen is now in charge of hematopoiesis — the 10 dollar name for the process involved in building up certain important blood components.

Thursday, July 14, 2011

Anemia Ketika Hamil ( Saya ler tue)

Apakah ANEMIA?


Anemia  atau kurang darah berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun anda tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, anda masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.
( Masa first time saya buat pemeriksaan kandungan dah kantoi darah rendah hmmm..)


Apakah Penyebabnya?

Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia :
  • Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian ( mungkin kot...)
  • Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak. (erkkk...ni takde la plak)
  • Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya Anemia ( perubahan dari segi macam mana tu yerk?? lambat cerna kot? )
  • Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan. ( hmm kenalah ambik ferum 2 kali ganda kalau gitu)
  • Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika. ( ni tak tahulah plak...kena check la dulu..harap2 bukan sebb ni la)

Faktor - faktor risiko

Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat Anemia :
  • Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah. ( ni masa awal2 mengandung je dulu)
  • Wanita yang mengandung kembar ( anak saya bukn kembar yer  hehe )
  • Sela masa kehamilan yang terlalu rapat. ( this is my first time pregnancy)
  • Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat Anemia. ( mungkin la kot..selalu je ter'miss' makan ubat...diet pon ikut suka hati je)
  • Merokok dan meminum alkohol berlebihan ( tidak pernah sekali pon ye)
  • Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan ( ada cacing dalam perut??)
  • Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.( ubat apa ni haaa??)

Tanda - tanda dan gejala

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
  • Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan. ( apasal saya tkder rasa letih sgt pon?? pengsan pon tak pernah lagi setakat ni)
  • Kelihatan pucat ( entah..nampak cam sama jek)
  • Kesukaran bernafas/sesak nafas.( ok je lagi setakat ni...sesekali la kalau buat kerja laju sgt)
Gejala berikut juga boleh berlaku :
  • Loya ( masa awal mengandung je)
  • Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat ( jarang-jarang)
  • Sakit kepala dan pening ( masa awal mengandung dulu slalu sakit kepala...sekarang tkder plak sakit2 kepala ni)
  • Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah ( mcm mana tu yer? tkderla kot)
  • Mudah lupa ( haha..rasanye dari dulu pon mmg saya ni pelupa ngee..)
Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :
  • Mengalami Jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit ( suami saya ckp kulit saya warna kuning..alamak yeker??)
  • Sakit di bahagian perut atau abdomen ( yupp..lately selalu sakit bahagian ulu hati)

Komplikasi

Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk.

Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh mengaruh kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.

Lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas bersalin.


( Minta saya dijauhkan dari segala komplikasi berikut ..amin)



Ujian - ujian

Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan berikut perlu dijalankan :
  • Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.
  • Ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid folik. ( Minggu lepas doc suh saya amek darah untuk check satu2 paras hemoglobin, ferum dan mcm2 lgi tuh...resultnya akn saya tahu next week...huuu takutnye)

Pencegahan

Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:
  • Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari berlakunya masalah kurang darah. ( saya kena makan 2biji iron tablet, 3 kali sehari, setiap hari...sekarang ni saya tambah lagi dengan sebiji Iberet 500 yg saya beli di farmasi)
  • Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.( hati dan kerang memang saya tak makan sgt..kena mkn sayur banyak la pasni)
  • Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati. ( buat sup cendawan la tiap2 hari, ok tak??)
  • Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.( selalu jugak buat jus oren, jus mangga dan lain2 buah...so far makan buah yg paling sedap sekali :-) )
  • Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik. ( ohhh wajib  makan ubat tu tiap2 hari)
  • Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan. ( kopi dan teh mmg dh stop masa tahu mengandung dulu...tapi nk stop minum MILO dan minuman bercoklat lain2 tu susah sikit la..ke tkape nk makan coklat/koko? sebab ada kafein jgk kan?)

Kat bawah ni ada jadual kandungan Iron dalam makanan. Pasni mungkin boleh tumpukan untuk makan-makanan yg kat bawah ni lebih sikit kan?


Jadual 1: Kandungan Iron didalam makanan
Makanan
Saiz Hidangan
Zat Besi (mg)
Hati, Ayam
2 keping,105g
12.8
Peha ayam
1 ketul kecil,125g
1.0
Daging lembu tanpa lemak
1 keping,268g
5.9
Hati, Lembu
1 keping,283g
11.1
Tuna
1 ketul,73g
1.1
Kerang
10 Biji,86g
2.0
paru
½ Cawan,2g
7.7
Oats di proses
½ cawan
1.8
Tauhu
1 keping,107g
3.4
Kacang
1 cawan,154g
4.5
Bayam
1 cawan dicincang,64g
2.4
Kismis
39g, ¼ cawan
1.4
Roti
1 keping,25g
0.8
Nasi
128g
0.3
Rujukan : Nutrition Composition of Malaysian Food, 4th Edition. Institute for Medical Research, 1997.


Kesimpulan daripada artikel yang saya petik dari website www.ratu.com ni, apa yg boleh saya katakan kemungkinan diet harian dan pengambilan supplemen iron yg kurang teratur menyebabkan paras Hemoglobin dalam darah saya semakin menurun setiap kali saya buat pemeriksaan antenatal. Semoga dengan artikel nie, saya akan lebih peka dengan setiap pemilihan makanan dan jangan ngada-ngada nak miss makan ubat lagi, ok? Mohon kawan-kawan boleh share petua dan resipi masakn yg kaya dengan zat besi atau supplemen yg terbaik lagi terhebat di pasaran, supaya cepat sikit darah saya ni naik... takut nie, minggu depan nk kena pi check klinik ngeee ;-(

Saturday, June 4, 2011

Dulu Berdua..kini bakal bertiga


Post dahulu baru je citer pasal hidup saya yg dh ber'dua'..tapi sekejap je masa berlalu, dlm perut nie dh 5 bulan dh usianya..Hmm syukur alhamdulillah, rezeki awal, kami terima dengan lapang dada.
Rasa berdebar-debar jugak nak jadi ibu nie. Macam-macam dok pikir. Once kita dh jadi ibu, selama-lamanya hingga kita mati nanti status kita sebagai ibu akan kekal. Tertanya pada diri, bolehke saya jadi seorang yang terbaik untuk anak-anak saya nanti? Tapi saya taknak la fikir yang negatif. Saya nak optimis dan yakin pada diri saya, bahawa saya boleh jadi seorang ibu yang baik, boleh jadi teladan kepada anak-anak dan menjadi idola mereka suatu hari nanti.

Sepanjang 5 bulan mengandung nie, alhamdulillah Allah mudahkan saya. Takde la muntah atau morning sickness yang teruk2 sgt. Cuma rasa mual dan kurang selera makan je masa awal2 mengandung dulu. Pastu bila check klinik, Hb darah rendah. Dah 3 kali check up asik makin turun je..adoi...camnerla nie. InsyaAllah sekarang tengah berusaha untuk naikkan Hb darah.

Menurut nurse dan doktor, dia kata darah merah kurang @ anemia nie ada risiko keguguran, tumpah darah masa bersalin nanti. Malah anak pulak katanya tak cukup tumbesaran, kecik je. Aduiii doktor nie menakutkan saya je tau! tapi mmg risau pon, cuma bila fikir balik, masalah nie bukan saya sorang je yg alami. Berdasarkan    borak-borak saya dgn org yg dh pengalaman mengandung, boleh saya simpulkan hampir semua mereka pon pernah alami Hb rendah, tapi alhamdulillah anak mereka semua sihat je. Jadi itu yang buatkan saya fikir, insyaAllah saya pon sama jugak cam dorang tu, so jangan stress sgt nak mikirkannya. Kesian baby dlm perut nie nnti dia pon stress, tul tak? ibu mengandung kena ceria-ceria je hehe^_^ chaiyok! chaiyok! Next month check up mesti Hb dh naik, OK?? 

Monday, July 19, 2010

HARAM pakai jersi lambang salib

credit: Kosmo Online, 18 July 2010

KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.

“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.

“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.

Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.

Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.

Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.

Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.

p/s: Janganlah terlalu fanatik sehingga sanggup tinggalkn hukum agama di belakang. Tengok je la bola tu, takde sapa nk halang pun. Nk sokong kelab mana2 pun, sokonglah. Tp kalau jersey tu ada lmbng yg bertentangan dgn Islam, jgn pakai itu je..simple je kan? Mati ke kalau tk pakai jersey ??


"MINAT BOLA MINAT JUGA..HUKUM ISLAM JGNLAH LUPA"







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...