Friday, March 26, 2010

Exam itu Ujian Allah?


Setiap kali tiba di penghujung semester, semua pelajar akan mengalami satu sindrom atau demam yang dikatakan..demam exam! Yea..simptom2 nye ialah, masing-masing sudah rasa tension dan pening utk mengulangkaji pelajaran, sibuk mencari nota+compile+copy nota. Dan masa ni lah baru nampak kesungguhan masing-masing belajar jika dibandingkan sepanjang semester yg berlalu!

Itu semuanya adalah fenomena biasa di kalangan student. Tak pelik pon berada di situasi tu, memandangkan hampir semua drpd kita pon merasainya. Cuma yang berbeza adalah cara kita hadapi situasi tersebut. Tidak dinafikan, kita akan berasa resah, gelisah, tertekan, stress, tk cukup tidur krn mengulangkaji sepjg malam. Tapi jika betul caranya..dan ikut segala tip yg diberikan, inysaAllah..kita boleh hadapi exam dengan tenang.

Baru-baru ini saya ada mendapat mesej drpd seorang junior (dia wish goodluck actually)..Mesej tu berbunyi begini:

Seorang sahabat datang kepadaku dan berkata "Ish..susah betol la hidup ni. Sapa la yang pandai2 cipta TEST dan EXAM ni"
Aku pon berkata " TEST dan EXAM tu maksudnya apa?"
Sahabat pon menjawab "Ujian"
Lalu aku pon berkata lagi "Ujian tu datang daripada siapa?"
Sahabt tu pon menjawab lg" Dari Allah la"
Oleh itu aku pon berkata la padanya " Usahlah mengeluh akan ujian daripada Allah. Nescaya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..malah Allah itu tak akan menguji melebihi kemampuan seorang hambaNya..Oleh itu, amatlah wajar utk kita meyakini bahawa kita memang boleh lakukan setiap test dan exam tersebut dgn jayanya. Tinggal lagi kita perlu berusaha, doa dan akhir sekali serahlah(tawakal) kepada Allah"

Akhir sekali...SEMOGA BERJAYA MENGHADAPI UJIAN ALLAH DENGAN BAIK!

p/s: Good luck utk final year student QS...Buat yg terbaik utk exam nanti ye! I want to convo with all of you! May Allah bless all of us..^


Thursday, March 25, 2010

Tuesday, March 23, 2010

Ar-rehlah fi Gadek


Wahh,,tetiba bertulisan arab plak..hmm entah betul ke tak ayat tu..betul la kot?hehe..maksudnya beriadah di Gadek. Sebenarnya pd hari sabtu yg lepas, sy dan family telah pergi ke Kolam Air Panas Gadek..utk apa? laa..mestilah utk berendam dlm air panas tu..Kebetulan plak family members semua ada , so sajala pg beriadah sekali sekala.

Mandi di kolam air panas ni ada banyak khasiatnya. Menurut ramai pendapat, kolam air panas yg mengandungi sulfur ni bagus utk merawat penyakit kulit dan boleh melancarkan darah. Jadinya, sesekali dpt merendam kaki dlm air panas ni, dh sgt baik sbb amat membantu melancarkan darah kita.Ok, cuba baca ye, petikan drpd Utusan mengenai khasiat mandi kolam air panas ni.



Khasiat Kolam Air Panas Gadek


Selain berkelah di pantai, bermandi manda di kawasan yang mempunyai sumber air panas dari bawah tanah juga kini bukan lagi sesuatu yang asing di kalangan masyarakat negara ini.

Sama seperti yang terdapat di beberapa negeri lain, Kolam Air Panas Gadek di Alor Gajah, Melaka juga menjadi pilihan utama keluarga atau pengunjung untuk meluangkan masa lapang atau sewaktu cuti hujung minggu.

Kewujudan kolam air itu dikatakan mula diketahui ramai apabila penduduk Kampung Gadek 'menyiasatnya' selepas mendapati ramai pegawai dan anggota tentera British tinggal di kawasan berhampiran kolam tersebut.

Keadaan ini membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya akan keistimewaannya apatah lagi terdengar desas-desus bahawa ia dijadikan sebagai tempat tentera British merawat penyakit.

Selepas Tanah Melayu bebas dari penjajah, penduduk kampung mendapati kawasan tersebut mempunyai khazanah alam semula jadi iaitu sumber air panas yang asli dari dalam tanah.

Kolam Air Panas Gadek terletak 25 kilometer dari Bandaraya Melaka menerusi laluan ke Tampin, merupakan kebanggaan penduduk Alor Gajah.

Bukan sekadar itu, kolam air panas ini diyakini dapat memulih kesihatan pesakit seperti mengeringkan kesan luka dan bagi mereka yang lumpuh, air panas ini dapat membantu kelancaran aliran darah.

Dilengkapi dengan dua buah kolam utama dan lapan buah kolam mini, pengunjung hanya dikenakan bayaran RM4 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak.

Jika dahulu kolam ini hanya beroperasi pada pukul 7 petang hingga 12 tengah malam, tetapi kini, waktu beroperasinya dilanjutkan 24 jam.

Sejak ia diswastakan pada 2002, pengurusan Kolam Air Panas Gadek diambil alih daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) oleh Arus Rahmat Sdn. Bhd.

Sejak 2008, kerja naik taraf kolam ini sudah dipertingkatkan.

Awal Februari ini pula, pengunjung bukan sahaja boleh menikmati dua kolam di kawasan asal kolam tersebut bahkan boleh mandi di dalam dua buah kolam air panas utama di kawasan berkenaan.

Pengurus Arus Rahmat Sdn. Bhd., Aznor Affendy berkata, pihaknya sudah membina satu lagi fasa kolam baru yang akan dibuka awal Febuari ini.

"Fasa kolam terbaru ini meliputi lapan kolam baru yang beratapkan daun nipah dan empat kolam mini bagi merendam kaki sahaja.

"Selain itu, kita turut mendirikan dua bangunan untuk kemudahan spa keluarga yang dilengkapi dengan bilik persalinan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut beliau, pihaknya turut menyediakan sebuah kiosk dan restoran bagi membantu usahawan tempatan.

"Selain menerima pengunjung tempatan, kolam Air Panas Gadek juga terkenal di kalangan pelancong dari luar negara.

"Sambutan yang baik ini sekali gus dapat membantu usahawan tempatan dalam meningkatkan jualan produk mereka," katanya yang mengakui pelancong dari Singapura dan China antara yang sering mengunjungi pusat rekreasi ini.

Menurut Aznor, ketika ini pihaknya menerima kunjungan purata 2,000 hingga 3,000 pelawat sebulan.

"Pelancong tempatan lebih popular di kalangan pelajar khususnya pada waktu lewat malam, hinggakan ada yang terpaksa beratur untuk menggunakan kemudahan kolam air panas.

"Pembukaan fasa kolam baru ini diharap akan memberikan keselesaan kepada pengunjung," katanya.

Mengulas lanjut, pihaknya juga bercadang membina chalet dengan kemudahan akses Internet jalur lebar tanpa wayar percuma.

Mengulas mengenai proses pembersihan air kolam tersebut, Aznor berkata, mereka mempunyai tiga pam untuk membersihkannya.

Katanya, pengunjung tidak perlu bimbang mengenai tahap kebersihan air di kolam kerana ia dijamin selamat dan bersih.

Sementara itu, seorang pengunjung, Aminah Manan, 58, berkata, dia kerap ke pusat rekreasi ini bagi menyembuh kesan lukanya akibat penyakit kencing manis.

"Saya percaya sumber asli ini memberi banyak manfaat kepada kesihatan dan tempat ini menjadi tempat kegemaran saya sekeluarga sejak dulu lagi.

"Selain itu, kemudahan yang disediakan pihak pengurusan di sini adalah lengkap dan yang penting kebersihannya sentiasa dijaga," katanya.

Bagi Zaleymah Mohd. Zahar, 35, berkata, dia menganggap Kolam Air Panas Gadek sebagai yang terbaik berbanding kolam-kolam lain.

"Tempatnya yang bersih dan selesa mendorong saya membawa keluarga ke sini.

"Selain daripada khasiatnya, kami sekeluarga seronok menghabiskan masa di sini kerana pelbagai kemudahan yang disediakan," katanya.

- UTUSAN


Ok, sekian saja aktiviti yg dapat di kongsi...next destination, merancang nk ke kolam air panas Pedas plak. Ada cadangan tak, mana2 kolam air panas yg besh?

Stunning pictures of a solar corona where temperatures around Sun reach 2,000,000c

By Michael Hanlon credit to shania fairlady


Shooting a million miles or more out into the hard, cold vacuum of space, this fiery halo is one of the wonders of the universe.

Whipped into gigantic swirls by the Sun's ferocious magnetic fields, the shell of super-hot gas is as beautiful as it is dangerous.

It's called a corona and can't normally be seen because of the brightness of the Sun, a broiling sea of hydrogen gas at 10,000c. But during a solar eclipse, the Moon blocks out the Sun and the corona is spectacularly revealed.




A photo montage captured during a solar eclipse over the Marshall Islands in July 2009. The beautiful image shows the solar corona that makes up the sun's 'atmosphere' in amazing detail as the sun passes behind the Moon

This extraordinary image is a montage, digitally stitched together from 38 photos taken in Mongolia in August 2008 by veteran eclipse hunter Miloslav Druckmuller.

Even though there are small pink areas resulting from over-exposure, the result is still the clearest picture yet of this extraordinary phenomenon. To understand it is to come closer to grasping the awesome power of the Sun.


This flaming ball of hydrogen and helium gas, at 865,000 miles across, is 100 times wider than the Earth, with a million times its volume. Powered by nuclear reactions in its core, it is the most majestic object in our skies.


This picture was created from 38 individual photographs at ISO 100, exposure time was between 1/125 seconds and 8 seconds


As well as being very hot, the ionised gas of the corona (called plasma) has a superthin consistency. It is less than a billionth of the density of the hydrogen that makes up the main ball of the Sun

As hot as the Sun is, the corona is 200 times hotter - more than a million degrees celsius. Why this should be is a mystery. Some believe it is the result of a form of heating called induction - the same thing that powers hi-tech cooking hobs.

As well as being very hot, the ionised gas of the corona (called plasma) has a superthin consistency. It is less than a billionth of the density of the hydrogen that makes up the main ball of the Sun.

The odd result of this is that if, by some magic, you were to touch the corona, you would freeze rather than fry.

Despite its thinness, the corona can pack a deadly punch. Occasionally, the Sun's surface erupts in a solar quake, a paroxysm of gigantic storms and flares. Sometimes these are powerful enough to eject vast blobs of corona gas into space at millions of miles per hour.

This was the view from the Marshall Islands for Mr Druckmuller where the pictures were taken. He has travelled the world chasing eclipses

In 1859, one such eruption hit the Earth square on, generating a brilliant aurora in the night sky (bright enough to wake sleeping Gold Rush miners in the Klondyke) and shorting out much of the world's nascent telegraph system.

Though solar storms can't hurt humans directly, the 1859 event was powerful enough to melt copper cables. Should such an event happen today, it would cause utter chaos and could well precipitate an economic meltdown.

Our electricity grids would be fried and phone and internet lines would be shut down.

But what's the likelihood of that happening? Unfortunately, it's impossible to say - though some scientists predict another corona eruption in the summer of 2012, when the Sun is predicted to enter a new 'manic' phase of turbulence.



A total eclipse is only seen along a narrow band on Earth that is covered by the Moon's umbra


Subhanallah..All praises to Allah..

Sunday, March 21, 2010

Ujian kesabaran


MasyaAllah..maha hebat perasaan rindu yang amat sgt utk pulang ke kg, utk menatap wajah ibu dan ayah ohhh..

Memang dah lama pon saya tk balik ke kg. Kali terakhir masa cuti tahun baru cina yang lepas. Di kala ke'tension'nan menyiapkan thesis inilah, perasaan nk balik tu sgt tinggi..Mmg slalu mcm ni pon..asal rasa tension je, mesti rasa nk balik umah..tak tahulah nape. Mngkn bile balik tgk wajah mak abah, hati jadi rasa lebih tenteram kot.. kan memandang wajah ibubapa saja pon kita dh dpt pahala , betol tak? (correct me if i'm wrong).

So, nk dijadikan cerita, pd hari khamis petang.. sy buat decision on the spot utk balik umah, memandangkan sy pon dah berjaya menyiapkan thesis saya ( tinggl lg nk edit skit2 + print aje), so sy dgn rasa senang hatinya..pack baju n then terus je keluar. Beli tiket train pon on the spot je. Sampai kl sentral, elok je dlm kol 7.15pm...terus gi kaunter n beli tiket KTM Antarabandar ke Gemas. Selalu kalau waktu malam, Keretapi Ekspress Wau je yg ada. Train ni akn pergi ke Tumpat. So, sy amek tiket yg pkl 8.30mlm. Smentara menunggu, saya solat dahulu, dan selepas selesai terus tunggu di pintu masuk. Sempat jugak sy makan dulu di KFC. Tepat jam 8.15, pengumuman utk train Ekspress Wau kedengaran, dan ini bermakna saya dah boleh boarding ke dlm train. Alhamdulillah, mmg tkde masalah apa2..tepat 8.30, train pon bertolak.

Tiba di stesen Kajang, train seperti biasa akn berhenti ukt mengambil dan menurunkn penumpang Cuma yg peliknya mlm tu..dia berhenti lama sikit. Adalah lebh kurang dlm 10-15 minit kot..baru dia start gerak. Ok, fine..mngkn tkde pape la kot.

Seterusnya, tiba di stesen Seremban plak..perkara yg sama jugak berlaku. Tp kali ni lbh lama dia berhenti drpd td..adalah dekat 30minit jugak. Wahh..dah panas punggung jgk nie..dalam hati dah rasa pelik..apasal ni? Ada masalh apa2 ke? Akhirnya pastu dia gerak jgk..dlm hati ni, alhamdulillah..

Namun..ku sangkakan cerah sampai ke petang, rupanya hujan di tengahri..Baru perjalanan tk sampai 30 minit..tiba-tiba, train semakin slow..slow..sloooww dann tuppp..tupp STOP! Ehh?? mana ada stesen pon kiri kanan? Apsal plak nie? Saya pandang kiri kanan. Mula-mula sy diamkan diri je. Lama-lama tk tahan saya jalan ke depan koc. Sy bertanya kepada pakck yg keluar masuk koc.

saya:"Pakcik, kenapa dgn keretapi ni?"
Pakcik: " enjin rosak la dik..adik nk pg mana?"
saya: " Hah?? rosak?hmm..saya nk pg gemas."
pakcik: "hah..tidur je la dulu..lama lagi ni"

Saya terus diam..dan pulang semula ke tempat duduk..aduh, rosak plak keretapi ni.Jam dah dekat pukul 11 lebih. Ayah saya dah mesej bgthu yg dia dah sampai ke Gemas utk mengambil saya. Aduh, kesiannya ayah saya. Kemudian sy reply semula mengatakan mngkn sampai lmbat sikit sbb keretapi rosak. Mula-mula sy sangkakan mungkn sekejap aje la kot kalau dorang nk repair2..tup2 seleps tu, baru dia buat pengumuman mengatakn mereka akn tunggu lokomotif yg bawa enjin baru datang, dan terpaksa tunggu sehingga loko tersebut sampai..Haahh?? adusss...memang rasa bengang yg amat sgt. Kena tunggu lokomotif baru sampai? Dr mana? saya pon tk tahu dr mana dia dtg. Yang pastinya pukul 3pagi baru keretapi yg sy naik ni meneruskan perjalanan. Ya! Pukul 3 pagi! Menuggu drpd pukul 11 lbh td!

Wahh mmg tension yg amat..inilah yg saya katakan "UJIAN KESABARAN"..Ya Allah, kau uji kesabaran ku..sedangkan kau tahu, hambamu yg seorang ini sgt tk tahan sbar dalam bab tunggu menuggu nie..:-( ..astaghfirullahhalazim..astaghfirulahhalazim...Hanya istighfar dan zikir dpt mengubat hati ini..mmg rasa nk menangis, nak meraung dan menjerit pon ada sbb tersgt lama menunggu.. mp3 yg terpasang di telinga pon makin lama makin kurang baterinya..dan tupp stop..bateri kong! wahh!

Sabar izzati..sabar...sy pujuk diri nie..mmg mula2 rasa yg menyesal amat2 sbb balik hari tu sedangkan sy tahu, keesokan harinya (jumaat) abg sy akn balik ke rumah jgk dan menaiki kereta..Waduhhh...rasa sesal yg menebal, tp sy pujuk hati ini..pasti ada hikmahnya. Apa yg menambahkan sedih bila, mak dan ayah saya sanggup tunggu di stesen Gemas dan tidur di kereta semata-mata utk tunggu saya!..ohh sedihnya..saya rasa terharu + sebak+ bersalah dgn ibubapa saya. Kalau sy tk balik hari tersebut, pasti mak dan abah tk perlu sampai menunggu saya berjam-jam lamanya..masyaAllah! Ampunilah ibubapa ku ya Allah!

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman (ertinya): “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan ganjaran mereka tanpa batas.” (Az Zumar: 10)

Al Hasan Al Bashri berkata: “Sabar adalah satu kekayaan dari kekayaan yang baik, Allah subhanahu wata’ala tidaklah memberikan kecuali kepada hamba-hamba-Nya yang mulia di sisi-Nya.

Takperlah, nak buat mcm mana kan..ingt je la Allah banyak2..jgn merungut dan menyesal. Allah tak akan jadikan sesuatu perkara itu sia-sia. Di sini saya belajar menahan 'sabar' dan mengenal cinta tanpa syarat oleh kedua ibubapa saya..ya! cinta tanpa syarat! apa tu cinta tanpa syarat, boleh baca lebih lanjut dlm saifulislam.com ye.

Syukur alhamdulillah..pukul 4.30pg train tiba di Gemas dgn selamatnye..dan train2 yg lain terpaksa 'delay' jgk disebabkn kerosakan td menyebabkan ramai jgk org tersadai kat stesen keretapi..Hmm, tk leh nk kata apa...sabar jelah!

p/s: pecah rekod, perjalanan pulang ke kg paling lama, 8 jam! (yg sepatutnya 3jam shj asalnya)

Tuesday, March 16, 2010

Hari Jadi yang Tak Menjadi


"Selamat hari jadi izzat, moga pjg umur, murah rezeki"

"HePi BusDay"

"Selamat hari lahir ke 24thn, may Allah bless you"


Bertalu-talu message dan ucapan hari jadi yang saya terima bermula drpd malam tadi lagi. Ada yang sms, ada yang wish di facebook, tak kurang jgk yang call..Alhamdulillah, maksudnya ada jgk kawan-kawan yg masih ingt kpd saya dan sudi memberi ucap selamat serta doa yang baik-baik utk saya. Memang saat ini, doa dan semangat drpd kalianlah yang amat membantu saya utk terus menghabiskan saki-baki perjuangan sbg pelajar tahun akhir..Huhh kalau diikutkan hati, mmg nk angkat bendera putih dah! Tapi..mudah menyerah kalah bukan prinsip saya..never give up k!

Alhamdulillah..hari ini, 16 Mac 2010, genaplah umur saya 24tahun (uhuhu..dah makin tua..)... Tengah hari td call mak, dan ucapkan terima kasih kerana telah melahirkan sya 24 tahun yang lalu..tp bleh plak mak ni blur2..rupanya dia tk ingt hari nie besday anak dia.. Abah pon sama gak..tk tepon pon lg...kebiasaannya, pg2 lagi abah dah call dan wish saya..sah la..tk ingt jgk nie! Tp tkpela.. no hurt feeling..tk kesah sgt pon..memandangkn saya sndiri pon tk teruja utk sambut hari lahir pd tahun ini, sbb apa??

1. Sebab thesis masih belom siap..bnyk lg nk edit and finalize (this week nk kna hntr dah!)
2. Bukan ada org nk bg hadiah pon
3. Mmg tkde mood nk buat apa2 hari ni
4. Insaf dan muhasabah diri

Bercerita tentang muhasabah ni..saya teringat satu ucapan yang selalu diberikan semasa saya bersekolah dulu..ayatnya lbh kurang begini..
"Hari ini umur kita bertambah setahun lagi, ini bermakna kita semakin dekat kepada kematian kita"..

Hmm kerana ayat inilah, setiap kali tiba hari lahir..saya akn katakan pada diri saya.."Ya Allah, hari ini umur aku genap setahun lagi..ini bermakna saat aku bertemu denganMu makin dekat. Ya Allah, tiada daya aku melawan kudrat mu, cuma ku mohon keberkatan umur dan usiaku serta sentiasa dalam redha dan rahmatMu"

Pernah saya bertanya kepada seorang ustaz, 'Bolehkah kita minta Allah pjgkan umur kita, sedangkan mungkn sudah tersurat di Luh Mahfuz, umur kita mungkn sekian sekian?" Maka ustaz berkenaan pon menjawab.."Sebenarnya kita tk boleh berdoa utk ubah bila saat kematiaan kita atau senang kata nk bg panjang lagi umur kita..cumanya yang selalu kita doa pjg umur tu adalah mohon usia umur kita diberkati, walaupon mngkn usia kita adalah pendek. Maksudnya berkat di sini, ialah sepanjang usia kita tersebut, kita telah memanfaatkn sebaik-baiknya sumbangan utk agama, keluarga dan ummah"

Mohonlah selalu pada Allah, semoga diberi keberkatan pada umur dan usia kita yang kita tak tahu berapa lama panjangnya. Kerana itu saya katakan, setiap kali tiba hari lahir bukannya masa utk saya bergembira dan berhibur, tetapi ianya adalah masa dan waktu yang tepat utk memuhasabah diri dan mengingati MATI!

waallahua'alm bissawab..barakkallahufikum..~_~

p/s: ohh mungkinkah ini adalah hari lahir terakhir yg akn sy sambut sbg 'org bujang'?? hmm tunggu dan lihat saja nanti..ngee^

Monday, March 15, 2010

The Impress Weekend

"Adus...thesis tk siap lg nie...Dr.Preece dah suruh pre-submission hari jumaat ni utk dia check dulu sebelum hantar yg betul2"..Itulah yg terluah di hati saya beberapa hari yg lepas..sangat sibuk menjelang saat akhir utk submit thesis. Dan di saat yg kritikal ni jugak, saya di uji dengan beberapa ujian 'ketahanan mental dan fizikal'. Ohh jgn salah sangka, bukanla ujian apa sgt, cumanya time2 cam nie la ada bnyk plak aktiviti dan program yg sgt bermanfaat utk di'join' w'pon sbnrnya tgh busy utk siapkn thesis. Hmm pikir..punye pikir..dan terus berpikiiiiirrrr...akhirnya saya buat 'determined decision' utk pergi jugak. Ya pergi!

Ohh, apa program yg saya pergi tu? Ada 2 program sebenarnye. Yang pertama, Seminar Muslim Super anjuran iluvislam dan yang kedua Kursus Pra-Perkahwinan. Hah, agak2, kalau korangla, yg mana nk pergi?? Dua2 program buat pd weekend yg sama. Dan dua-dua program pun mmg berbaloi-baloi kalau pergi. Di tambah plak, thesis tk siap lg. SO?? mcm mana?

Tapi tu lah kan...niat tu mengatasi segalanya. Memang niat saya tu utk dapatkan ilmu dan tak mahu lepaskan satu peluang pon, akhirnya dua-dua program sy pergi. Tp persoalannya, mcm mana sy boleh pg dua-dua program tu serentak ye?? Haaa..di sinilah Allah dah tentukan jalannya.. Jom, cuba kita tgok kronologinya:

1. Maklumat ttg Seminar Muslim Super(SMS) mmg dah lama saya tahu memandangkn sy sendiri pon slah seorg krew iluvislam. Rasanya dr awal tahun dah tahu. So, mmg dah set 13 Mac(Sabtu) utk pergi seminar tu. Tempatnye di UEM Academy, PJ. Pengisian seminar ni mmg mantop lah! Antara pembentangnya ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Pengarang Sinar Harian, Tan Sri Muhammad Ali b. Hashim dari JCorp dan Dr. Danial Zainal Abidin, penulis buku "Muslim Super". (InsyaAllah, dlm entry lain sy kupas lebih detail apa yg sy dpt dr seminar ni ye).

2. Kursus Pra-perkahwinan ni plak, seminngu sebelum tarikh kursus baru tahu. Mcm biasala, kalau buat dlm U, dptla harga student, RM45 je. Mana dpt harga mcm ni kat luar tu. Kat luar standard harganya RM80 tau. Lgpon nnti kalau dh kerje lg susah dh nk pg. Hmm..masa ni dah konflik dah..mana satu nk pergi ni? Tk pergi ni, rugi wooo..(nk kahwin pon bkn lama lg hoho..opss!)

3. Tupp..tupp plak..keluar notis satu kampus uia tkde karen (electric) hari sbtu, 13mac dr pg sampai malam, menyebabkan kursus kahwin tu di tukar menjadi hari jumaat dan ahad! (yang sepatutnye sabtu dan ahad)

4. Makanya, hari sabtu=tkde karen+seminar muslim super= kursus kahwin tukar jumaat +ahad. Lihat, betapa cantik ketentuan Allah kan? Akhirnya, semua program tu dpt saya pergi dgn jayanya dan weekend ini sy mendapat pengisian yg bermanfaat dr segi ilmu. Alhamdiulillah..
(sijil pon dpt gak..mmg tk rugi betul pergi)

Kesimpulannya? Apa yg sya dpt dari 2 program tersebut ialah:

i- Seminar Muslim Super: Ideologi, semangat dan pemikiran baru. Mahu jadi superman! haha ( uppss..'superman' di sini bermaksud hebat dr segi pemikiranya ye..bkn mengarut nk ada kuasa luar biasa n then leh terbang!) + ukhwah sesama krew iluvislam sendiri. Terasa indah dan manis ukhwah bersama mereka ni..subhanaallah. Syukur dipertemukan dgn orang-orang muda yg hebat seperti mereka! :-)

ii- Kursus Pra-Perkahwinan: Adoiii...'tercemar' otak buat beberapa ketika. The first day paling worst..mmg tkde filter mulut ustaz yg berceramah tu. Gelak-gelak jugak, tp malunye..tuhan je yg tahu tau! Yang si lelaki..hahhh! Gelak besar yg amat! Suke betul lelaki ni yer kalau cerita bab XX ni..ceh! ( nasib bek bakal zauj tkder..kalau tk malunye!). Sib bek hari yg last tu dah ok skit..ustaz kali ni, bnyk ckp lapis2 sikit..Huhh lega..baru leh absorb ilmu. Tp kan dalam bnyk2 slot, yg ceramah pasal kesihatan tu paling mengerikan sbb dia tunjuk video perempuan bersalin! Bukan yg belah perut tu..yg normal tu..siap tunjuk kena 'gunting' lg kat situ. Arggg!!!! ngeri sungguh. Berair mata tgok, rasa cam sndiri plak yg kena..hahh, rasa masa tu cam tk nk bersalin..eerrkk ( time nie, tahu plak lelaki nk diam...mgkn dorang pon terkedu kot tgk.. cam terkena 'kejutan' elektrik pon ada..hah, baru ko tahu p'puan sakit bersalin camne).


iii- Thesis?? Wahh!!! tk siap lagi!! dah..chow2..pgi siapkan thesis!

p/s: Dah dpt reply drpd sir..pergghh, agak byk jgk dia meng'komen' thesis sy tuh.. adoiyaii..kena edit lg nihh..Ni tulis blog pon sbb tetiba stuck masa wat thesis td. So, utk mengurangkan ke'block'an nye, release tension jap kat sini..ngee.


"Ya Allah..tiada tempat aku bergantung harap, melainkan hanya kepadaMu, tuhan sekelian alam, pencipta diriku dan hamba-hambumu yang lain. Ya Allah, sekali lagi, aku mohon pertolongan dariMu, kurniakan aku ilham utk aku menyiapkan thesis ini. Bantu aku supaya dipermudahkan untuk menulis dgn baik, teratur, dapat siap pada masanya, dan akhirnya dapat markah yang baik (A). Amin.."

Tolong amin kan ye..:-)





Tuesday, March 9, 2010

Thesis..oh thesis..


Makan thesis, minum thesis.... tido thesis...mandi pon thesis gak??!

Hahhh beberapa hari ni mcm org tengah angau bercinta..yer,,bercinta dgn THESIS yg amat
memberatkan otak dan sanubari ini. Debaran utk submission makin terasa. Lepas jumpa
supervisor tengahari tadi, makin serabut kepala otak walaupon kata2 yg dilemparkan adalah
kata- kata perangsang dan positif utk saya terus melakukan yg terbaik utk thesis ini. Yes, sir..i know that you are very helpful and kind..always give motivation..but deep inside my heart, who knows??

Arggghhhh!!!!! ( sorry..a little bit stress..just to express it)


So, tadi sempat meluahkan kata-kata semangat kepada diri sendiri dengan cara membuat wallpaper utk
desktop laptop saya. Semoga ini akan memberi perangsang kepada saya untuk terus berusaha tanpa kenal erti
putus asa. Yeahhh!!! chaiyok..chaiyok!! Go..go...go..go Izzati!! You can do it!!



p/s..everybody, please pray for me k!

Friday, March 5, 2010

Tazkirah Jumaat


Pagi Jumaat yg hening ini, seperti biasa, kami ada kelas measurement di studio pd pukul 9am(erkk..sebenarnye 9.30pg bru kami start). Dan seperti kebiasaannya jugak, Bro.Azrin dan Ir.Zaifudin akan memberikan 'santapan' rohani setelah kami diberi santapan breakfast sblm mula kelas. Tazkirah setiap kali sebelum mula pengajaran di kelas adalah satu rutin wajib oleh dua org lecturer kami tersebut semenjak kami berada di tahun pertama pengajian lg. Bagi kami, kami sgt bersyukur krn sekurang-kurangnya, masih ada peluang utk kami mendengar tazkirah dan di ingatkan mengenai hak Allah dan baginda Rasulullah. Mungkin kalau kami berada di universiti lain atau course2 yg lain, tiada lecturer yg sudi berikan tazkirah sebegini.

Dan seperti biasa jugak, tazkirah di mulakan oleh Bro.Azrin yg akn membaca petikan drpd hadis dan kemudian menghuraikannya. Pada pg tadi, cerita mengenai memilih tamar atau memilih untuk berjuang di jalan Allah. Di kisahkan dalam satu hadis, apabila Rasulullah mendapat perintah drpd Allah utk pergi berperang melawan tentera Rome, maka berpergianlah Rasulullah dan para sahabat untuk menyampaikan dakwah dan perintah Allah tersebut. Mereka melalui perjalanan yg jauh dengan cuaca yg sgt panas. Oleh sbb cuaca yg sgt panas ini bagus utk tanaman tamar, maka ada sebahagian org mu'min yg tidak rela utk pergi berjuang di medan perang kerana lebih memenuhi tuntutan duniawi. lalu mereka ini telah tergolong dalam golongan munafik, iaitu berpura-pura dalam islam.Inilah yg dikatakan ujian oleh Allah utk menguji tahap keimanan seseorg itu. Rela atau tidak utk melepaskan perkara duniawi utk akhirat, utk jalan Allah..masyaAllah..

Habis bacaan hadis tersebut, seperti biasa Ir.Zaifudin akn bertanya jika ada antara kami yg ingin bertanya apa2 shj atau memberi pandangan. Dan sy pon, terus mengangkat tangan dan bertanyakan kpd sir mengenai pandangan beliau mengenai kisah 'nikah koboi' yg sedang hangat dikatakan sekarang ini. Sy pasti ramai yg tertanya2 pelajar ipt mana yg melakukan 'nikah koboi' ni kan? Sy tk malu utk mengakui bahawa kisah tersebut adalah berlaku di kalangan pelajar UIA sebenarnya. Malam semalam, satu forum bertajuk "Illegal Nikah" telah diadakan dan ustaz yg menjadi jemputan itu sendiri telah 'mendedahkan' kisah tersebut. Hmm, mmg isu ni tgh hangat,hot dan membara-bara kat uia nie. Semua org tertanya2 siapakah dalang2 itu? Ok, kita stop dulu pasal tu. Pjg kalau nk cerita sbnanrnya.

Berbalik kpd pertanyaan saya kpd Ir, beliau menjawab, pernikahan tersebut tidak sah kerana wali hakim hanya boleh digunakan jika mereka berada pd jarak lebih drpd 2 marhalah. Tetapi pelajar yg dikatakan 'nikah koboi' itu, org kl, dan nikah di sini jugak..so secara terangnya mmg dah tk sah. Isu lain yg sir tekankan, cuba kaji semula apa dia rukun2 nikah. Check semula betul2 apa dia. Dan yg kedua, carilah restu ibubapa dulu kerana redha ibubapa adalah redha Allah jua. Apa guna senang seketika tp susahnya berpanjangan nanti. Biarlah susah kita seketika, tp kita akan senang sehingga ke akhirat.

Lepas drpd tu, banyak yg di kongsikan oleh Bro.Azrin dan Ir.Zaifudin mengenai isu nikah sehinggalah ke bab-bab rumahtangga. Hehe, mmg interesting jgk kerana mereka share penglaman mereka sendiri dan pengalaman2 org2 yg pernah mereka dengari kpd kami (lebih-lebih lg Ir.Zaifudin yg berpoligami, mmg lg bnyk ilmu dan cerita yg nk dikongsikan). Memandangkan kami pon dah nk habis belajar, dan akan grad tk lama lg, bnyak nasihat kehidupan telah dicurahkan kpd kami terutamanya mengenai tanggungjawab seorang lelaki dan wanita a.k.a suami dan isteri.

Memang sgt seronok dan khusyuk masing-masing dgr cerita dan celoteh lecturer kami nie. Sedar2 jam dah menunjukkan pukul 10.30pg. Tp input yg diberikan sgt bermakna utk panduan kami. Ohh ye, kat sini ada input sket yg sy nk share.Actually ada bnyk sebenarnya, tp sy amek sikitlah yg sy rasa best nk share.

Dalam hadis ada menyatakan, seorang isteri itu dipilih kerana 4 perkara iaitu keturunannya, kekayaannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yg mempunyai agama kerana sesungguhnya kamu akan bahagia dunia dan akhirat. Dan yg seterusnya ini bukan hadis, tp still boleh diguna pakai (diberi oleh Ir.Zaifudin), seorang suami dipilih kerana 4 perkara jugak iaitu ,pimpinan, guru, suami dan rakan. Maka pilihlah yg boleh menjadi pemimpin dan guru utk membimbing isteri menuju redha Allah. Jika dilihat pd hari ini, ramai pasangan berkahwin kerana inginkn suami/isteri sebagai teman dan kawan shj. Tak ramai yg pilih kerana lelaki tersebut boleh membimbing mereka dan menjadi pemimpin dalam keluarga yg akan dibina. Akibatnya, baru setahun jagung berumah tangga, dah timbul rasa jemu, meluat, pudar rasa cinta dan akhirnya benci kpd pasangan..nauzubillah.Inilah hakikatnya apabila rumah tangga yg dibina tidak berada pd niat utk mendapat redha Allah.

Akhir kata, marilah sama-sama kita bermohon pd Allah supaya kita dikurniakan seorang suami ( bg perempuan) yg boleh mendidik kita menjadi isteri solehah, yg bukan memanjakan kita dgn harta duniawi, tetapi berusaha memimpin keluarga dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Bagi lelaki pula, berusahalah lengkapi diri dgn ilmu agama di dada dan ketahuilah memikul tanggungjawab seorang suami sgtlah berat. Pilihlah calon isteri yg mempunyai agama, sbb tk perlu dah nk tegur utk tutup aurat sbb dia dah tahu, tp kalau yg kurang sikit bab agama, tanggunggjawab suami utk ajar si isteri supaya tahu nk tutup aurat, solat, puasa dsb. Kalau tak, suami kena tanggung dosa si isteri ni td. Itu yg jadi berat tanggungjawab suami ni td. Orang kata, biarlah kurang sikit pon rupanya ( mcm i lah hihih :P,,sori perasan), tp agamanya bagus..even tk sampai tahap super bagus pon, at least ada keinginan utk berubah menjadi lebih baik. Mudah-mudahan dr situ ada improvement sikit2 hasil bimbingan suami nanti. InsyaAllah. Wallahua'alam.





Lecturer dedikasi, lecturer dikasihi
Mencurah bakti mendidik kami,
Nasihat,tazkirah , pedoman diri,
Untuk hidup lebih diberkati



Thursday, March 4, 2010

Busiest Week part1

Monday, 1 Mac 2010

Construction business group presentation. we are the 1st group. Overall is good since Dr.Preece itself did not give any comment except he ask what the meaning of our company logo :)

Tuesday, 2 Mac 2010

Finish the individual assignmt for the construction business subject. The whole day in the room to settle the final editing. Just submit in the evening hehe..

At night, final discussion of our next group presentation for the next day

Wednesday, 3 Mac 2010

Our presentation is on 11.30am but its delay till 12pm.. omg, the presentation is the last ever of my study life as a student..yeahh for 6years of studying ( matric+degree). But its not turn into a very good ending i think..huhh :(

At 3pm, me, anis n basyirah go to Kuchai Entrepreneurs Park for the interview session with En. Zahrul, the Project Manager at Gabungan Strategik company. We thought that we are already went out early but actually not..we got 'tersesat' and not find that way till we reach the Kinrara, Puchong. i think we already follow the googlemaps, but it seems the direction is wrong!!arghhh..
Finally, we reach the office 45minutes late..ohh we are so sorry en.zahrul, but i think u are very very good person, still waiting at me, wiling to give his thought and information to us even though we are coming late. i can see from his face, the "keikhlasan"..[sorry i dun know dat word in english] sbb dia tkde nk merungut atau menunjukkan riak muka yg tk suka pd kami..(",).
There nothing we can give but only Allah can give back 'something' to you, insyaAllah.

Today, 4 Mac 2010

Another interview with contractor at Setiawangsa Business Suite. Kali nie awal pg dh kna pg coz the project manager prefer to see us early in the morning [maksudnye time ofis bukak pkl 9am tu]. Alhamdulillah sampai di ofis tu on time. ohh ye, this time sy prgi bersama Izyan, thanks to her to 'ajak' sy jmpa skali that PM cos mmg sy kna interview contractor pon utk research nie. Thanks jugak pd halimah yg sudi membawakami ke ofis tersebut menaiki kereta beliau :).

Lama jgk interview nie, start at 9am and we finish nearly 11am. After that, we kuar makan at Aeon Jusco Setiawangsa. Hmm first time sy pergi situ sebenarnye..even Wangsa Walk pon tk pernah pg lagi.. Best la JJ situ, cos dia still baru, do the building it think very comfortable, accessible and compatible and suit well with the user flow. Sgt luas kot! beshh!

Balik td, singgah centre jap, kuarkan duit n then gi Bank Mualamalat untuk bayar yuran. Wow, i think i come at the right time. Lps isi form, tekan je no.giliran terus je dpt gi kaunter! hehe.. Kalau ikut pengalaman sebelum nie, from 1st year smpaila ke 3rd year, mesti ramai org nk tunggu, bersesak2 dlm bank tu n mcm2 lg. but harini, boleh terus je bayar kat kaunter..hmm maybe org lain sumer dh byar, tinggal sy sorng je tercicir tk bayar lg kot ..whatever! i dun care as long as i olredi paid yuhuu!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...