Thursday, July 14, 2011

Anemia Ketika Hamil ( Saya ler tue)

Apakah ANEMIA?


Anemia  atau kurang darah berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun anda tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, anda masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.
( Masa first time saya buat pemeriksaan kandungan dah kantoi darah rendah hmmm..)


Apakah Penyebabnya?

Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia :
  • Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian ( mungkin kot...)
  • Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak. (erkkk...ni takde la plak)
  • Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya Anemia ( perubahan dari segi macam mana tu yerk?? lambat cerna kot? )
  • Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan. ( hmm kenalah ambik ferum 2 kali ganda kalau gitu)
  • Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika. ( ni tak tahulah plak...kena check la dulu..harap2 bukan sebb ni la)

Faktor - faktor risiko

Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat Anemia :
  • Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah. ( ni masa awal2 mengandung je dulu)
  • Wanita yang mengandung kembar ( anak saya bukn kembar yer  hehe )
  • Sela masa kehamilan yang terlalu rapat. ( this is my first time pregnancy)
  • Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat Anemia. ( mungkin la kot..selalu je ter'miss' makan ubat...diet pon ikut suka hati je)
  • Merokok dan meminum alkohol berlebihan ( tidak pernah sekali pon ye)
  • Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan ( ada cacing dalam perut??)
  • Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.( ubat apa ni haaa??)

Tanda - tanda dan gejala

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
  • Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan. ( apasal saya tkder rasa letih sgt pon?? pengsan pon tak pernah lagi setakat ni)
  • Kelihatan pucat ( entah..nampak cam sama jek)
  • Kesukaran bernafas/sesak nafas.( ok je lagi setakat ni...sesekali la kalau buat kerja laju sgt)
Gejala berikut juga boleh berlaku :
  • Loya ( masa awal mengandung je)
  • Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat ( jarang-jarang)
  • Sakit kepala dan pening ( masa awal mengandung dulu slalu sakit kepala...sekarang tkder plak sakit2 kepala ni)
  • Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah ( mcm mana tu yer? tkderla kot)
  • Mudah lupa ( haha..rasanye dari dulu pon mmg saya ni pelupa ngee..)
Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :
  • Mengalami Jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit ( suami saya ckp kulit saya warna kuning..alamak yeker??)
  • Sakit di bahagian perut atau abdomen ( yupp..lately selalu sakit bahagian ulu hati)

Komplikasi

Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk.

Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh mengaruh kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.

Lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas bersalin.


( Minta saya dijauhkan dari segala komplikasi berikut ..amin)



Ujian - ujian

Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan berikut perlu dijalankan :
  • Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.
  • Ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid folik. ( Minggu lepas doc suh saya amek darah untuk check satu2 paras hemoglobin, ferum dan mcm2 lgi tuh...resultnya akn saya tahu next week...huuu takutnye)

Pencegahan

Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:
  • Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari berlakunya masalah kurang darah. ( saya kena makan 2biji iron tablet, 3 kali sehari, setiap hari...sekarang ni saya tambah lagi dengan sebiji Iberet 500 yg saya beli di farmasi)
  • Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.( hati dan kerang memang saya tak makan sgt..kena mkn sayur banyak la pasni)
  • Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati. ( buat sup cendawan la tiap2 hari, ok tak??)
  • Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.( selalu jugak buat jus oren, jus mangga dan lain2 buah...so far makan buah yg paling sedap sekali :-) )
  • Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik. ( ohhh wajib  makan ubat tu tiap2 hari)
  • Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan. ( kopi dan teh mmg dh stop masa tahu mengandung dulu...tapi nk stop minum MILO dan minuman bercoklat lain2 tu susah sikit la..ke tkape nk makan coklat/koko? sebab ada kafein jgk kan?)

Kat bawah ni ada jadual kandungan Iron dalam makanan. Pasni mungkin boleh tumpukan untuk makan-makanan yg kat bawah ni lebih sikit kan?


Jadual 1: Kandungan Iron didalam makanan
Makanan
Saiz Hidangan
Zat Besi (mg)
Hati, Ayam
2 keping,105g
12.8
Peha ayam
1 ketul kecil,125g
1.0
Daging lembu tanpa lemak
1 keping,268g
5.9
Hati, Lembu
1 keping,283g
11.1
Tuna
1 ketul,73g
1.1
Kerang
10 Biji,86g
2.0
paru
½ Cawan,2g
7.7
Oats di proses
½ cawan
1.8
Tauhu
1 keping,107g
3.4
Kacang
1 cawan,154g
4.5
Bayam
1 cawan dicincang,64g
2.4
Kismis
39g, ¼ cawan
1.4
Roti
1 keping,25g
0.8
Nasi
128g
0.3
Rujukan : Nutrition Composition of Malaysian Food, 4th Edition. Institute for Medical Research, 1997.


Kesimpulan daripada artikel yang saya petik dari website www.ratu.com ni, apa yg boleh saya katakan kemungkinan diet harian dan pengambilan supplemen iron yg kurang teratur menyebabkan paras Hemoglobin dalam darah saya semakin menurun setiap kali saya buat pemeriksaan antenatal. Semoga dengan artikel nie, saya akan lebih peka dengan setiap pemilihan makanan dan jangan ngada-ngada nak miss makan ubat lagi, ok? Mohon kawan-kawan boleh share petua dan resipi masakn yg kaya dengan zat besi atau supplemen yg terbaik lagi terhebat di pasaran, supaya cepat sikit darah saya ni naik... takut nie, minggu depan nk kena pi check klinik ngeee ;-(

1 comment:

  1. Seimbangkan dengan pengabdian diri pada Allah, dunia dan akhirat seimbang, insyaAllah jalan mudah Allah bentangkan seluas-luasnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...