Tuesday, August 16, 2011

Saya Mengidam!!

Macam ntah apa-apa je kan entri kali nie...tapi seriously nak bagitahu, memang mengidam giler nak benda nie..aduhhhh...pening kepala macam mana nak dapatkan...kawan-kawan ada cadangan tak? nak beli gaji den ciput yo..


















CONFIDENCE 7465 - COMPUTERMATIC SEWING MACHINE
Features
50 built-in stitches
2 one-step buttonholes
6 direct-stitch button selection
Push-button stitch selection - select your stitch easily with buttons, not dials
Auto tension - ensures stable stitch quality for every type of fabric
Vivid screen: LED - Clear, crisp display of stitch selection

Price*: RM 1,545 (WM)   RM 1,595 (EM)


Tadaaaa!!! inilah bendanya yang saya dok idam-idamkan...alahai kalau Santa Clause dengar, dia boleh tak bg sebiji mesin ni pada saya?? hohooho..


Perlu tak mesin jahit nie? apa pendapat korang? Sebagai seorang wanita yang sudah berumah tangga, saya rasa agak perlu..kalau baju koyak ke, seluar koyak ker, setakat sikit2 tu..takkan nak pg hantar kat tailor atau tak perlu pakai dah sedangkan kalau boleh jahit sikit je bahagian koyak tu, dah boleh pakai semula pakaian kita tu.

Pastu, kalau ada mesin jahit...nak jahit langsir pon boleh, jahit sarung bantal pon boleh...ishh senang kata mcm2 lah boleh jadik kalau ada mesin jahit ni kan?? betul tak? silap hari bulan kalau terlebih rajin dan terlebih kreatif boleh jadik business lagi gitu...

Hmmm bila dok timbang-timbangkan perkara nie, mmg rasa perlu sangat ada mesin jahit ni. dah la saya pun mmg jenis suka menjahit....sejak dua menjak, tangan nie rasa gatal jer nak menjahit, tapi tkder mesin nak buat camner kan??

Ishh tak boleh jadik nie, kena usaha jugak untuk dapatkan mesin jahit walau apa cara sekalipun...Tapi bile tengok harga mesin jahit yg jenis mcm kat atas tu, aduhaii tertelan air liur jugak kalau nak beli cash tu..hmmmm...ligat otak ni berpikir cara untuk dapatkan jugak mesin jahit nie..

Ada sapa-sapa sudi nak share atau kongsikan idea mcm mana yer saya boleh beli mesin jahit nie? Kalau boleh nk bayar ansuran biar la yg takder faedah, tk guna kad kredit etc...( erk, ada ke??)

1 comment:

  1. Dah exchange link blog kamu dekat http://nasihangit.blogspot.com

    Nanti jgn lupa letak link nasihangit kat blog ni jugak yer. Tq :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...