Sunday, August 28, 2011

Ucapan SELAMAT HARI RAYA

Hari ni mungkin adalah post terakhir saya dalam bulan Ramadhan 1432H ni..Rasanya lepas nie mungkin dah sibuk dengan persiapan raya dan sebagainya. Anda semua macam mana pulak? Saya pasti hari ni pasti ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi yang membawa kenderaan masing-masing, berhati-hati di jalan raya.Semoga perjalanan anda selamat sampai di tempat yang dituju.

InsyaAllah pada tahun ini, saya akan meraikan hari raya buat pertama kalinya sebagai isteri dan untuk permulaan , tahun ni saya akan raikan 1 syawal di rumah mertua..kemudian saya akan balik ke kampung kedua ibu-bapa saya di Ayer Hitam, Johor pada 2 Syawal..insyaAllah pada rakan-rakan yang terdekat, mungkin boleh datang beraya di Johor...Oh yer tak lupa juga nak jemput sedara mare dan sahabat handai semua, jemput datang ke rumah kami yang tak seberapa ini di Taman Nusari Bayu, Bandar Sri Sendayan sepanjang Syawal ini. Pintu rumah kami sentiasa terbuka menerima kunjungan anda (",)...Tp jangan lupa yer call atau msg dulu, manalah tahu saya yg pergi berjalan masa tu kan hehe...

Jadi dengan ini, saya berbesar hati untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua saudara - mara, sahabat handai yang mengenali diri saya. Semoga lebaran ini membawa seribu makna kepada kita dan juga kita memperolehi sebuah kemenangan yang hakiki iaitu mendapat keampunan dan kerahmatan daripada Allah swt.

Terimalah kad raya maya yang tidak seberapanya daripada kami ^

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...